Bot Pengganti Manusia Samsung NEON Diperlihatkan Untuk Kegunaan Di Bank
Awal tahun ini Samsung NEON diperlihatkan buat pertama kali. Ia adalah bot pengganti manusia yang mempunyai rupa seperti insan sebenar. Dengan NEON, tugas menyambut tetamu, memberikan maklumat pelancongan, dan tugasan lain manusia boleh diambil alih menggunakan kecerdasan buatan.
Hari ini Samsung memperlihatkan bagaimana NEON telah digunakan pada sektor perbankan serta NEON Framer – peranti yang menjalankannya. Sebuah kiosk NEON diletakkan di dalam premis Shinhan Bank untuk berinteraksi dengan pelanggan.
Avatar realistik NEON dipaparkan pada skrin utama. Sebuah kamera 4K terletak pada bahagian atas peranti untuk pengecaman. Pada bahagian sisi terdapat lampu LED untuk memaparkan status, pembaca kad, pengimbas cap jari, sensor pembayaran nirtunai dan banyak lagi.
Di masa hadapan lebih banyak tugasan remeh seperti ini akan secara perlahan-lahan digantikan oleh kecerdasan buatan. Pada waktu ini bot hanya berinteraksi dengan teks (seperti di WhatsApp) tetapi dalam masa terdekat sistem seperti NEON akan memberikan pengalaman yang sama seperti dengan manusia sebenar.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment