Hi! Welcome Back and Stay Tune! Syarikat Komputer Tempatan Bekerjasama Dengan Qualcomm Tawar Komputer Windows – JOI Book SK300 Dikuasakan SD850 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Syarikat Komputer Tempatan Bekerjasama Dengan Qualcomm Tawar Komputer Windows – JOI Book SK300 Dikuasakan SD850


JOI merupakan salah satu jenama tempatan yang diuruskan oleh SNS Network. Baru-baru ini, pihak Qualcomm dan SNS Network telah mengumumkan kerjasama, dan produk pertama hasil kerjasama mereka kini dilihat adalah JOI Book SK300.

JOI Book SK300 ini hadir  dengan skrin 12.5-inci HD penuh IPS, dijana menggunakan cip Snapdragon 850, dilengkapi sokongan grafik Qualcomm A63, memori 4GB RAM dan storan 128GB SSD.

JOI Book SD850

Komputer riba ini menawarkan sokongan bateri sehingga 10 jam lamanya, dan memandangkan ia dilengkapi cip Snapdragon 850, pengguna turut boleh menikmati sokongan 4G LTE melalui penggunaan nano-SIM padanya.

Menjana komputer ini adalah Windows 10 Pro. Penawaran ini dilihat selari dengan permintaan komputer riba memfokuskan tugasan akhir-akhir ini, dan ia sesuai untuk melakukan penyuntingan dokumen, pelayaran web dan beberapa tugasan lain yang ringan.

JOI menyenaraikan komputer riba ini bakal ditawarkan di Malaysia bermula 6 Januari 2021 kelak. Di Malaysia, ia ditawarkan pada harga RM2199, dan sudah boleh dipratempah melalui  Shopee.

Beli : JOI Book SK300



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.