Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Race” Hanya Kod Nama, Peranti Realme Dengan Snapdragon 888 Dikatakan Siri Baharu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Race” Hanya Kod Nama, Peranti Realme Dengan Snapdragon 888 Dikatakan Siri Baharu


Realme merupakan salah satu jenama yang telah disahkan bakal menggunakan cip terkini Qualcomm iaitu Snapdragon 888 pada peranti akan datang mereka kelak. Mereka juga telah mengacah kewujudan peranti berkenaan menerusi satu poster acah dengan kod nama “Race” – yang mana rata-rata beranggapan ia berkemungkinan nama untuk model berkenaan.

Akui menerima pelbagai soalan dan pertanyaan berkaitan perkara berkenaan, Xu Qi Chase selaku Ketua Pegawai Pemasaran Realme menerusi satu entri di Weibo tampil memberi penjelasan. Menurut beliau, “Race” hanya sekadar kod nama dan peranti Realme dengan cip Snapdragon 888 bakal menjadi siri baharu yang hebat. Ini bermakna peranti ini kelak akan mempunyai nama lain. Realme juga berkata, ia bakal diperkenalkan pada tahun hadapan, tetapi mereka tidak pula berkongsi lebih lanjut mengenai tarikh pelancarannya.

Dalam pada itu, peranti ini juga didakwa telah tertiris dalam satu imej pengolokan baharu. Di mana, rekaannya kali ini adalah bertentangan dengan apa yang tertiris sebelum ini. Ia memperlihatkan panel belakang dengan binaan seakan kulit dan modul kamera berbentuk empat segi. Ia bagaimanapun, masih di peringkat ura-ura tetapi kita boleh menyasarkan lebih banyak maklumat tertiris mengenainya bakal dikongsi dalam masa terdekat ini.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.