Kamera Utama Xiaomi Mi 10T Pro 5G Meraih Skor 118 Mata Dalam DxOMark
Xiaomi Mi 10T Pro 5G diperkenalkan sekitar September lalu dan ia turut dibawa masuk ke pasaran tempatan dengan tanda harga RM1,999. Melaluinya, ia membawakan sejumlah spesifikasi menarik termasuk sokongan kamera dengan sensor besar 108-Megapixel. Tapi, bagaimana dengan prestasinya? DxOMark kini menjawab persoalan itu menerusi laporan terbaharu mereka.
Memetik laporan yang diterbitkan, kamera utama Mi 10T Pro dilihat meraih skor sebanyak 118 mata – dengan pecahan 121 mata untuk kemampuan fotografi, 61 mata untuk kemampuan zum dan 110 mata pula untuk kemampuan video. Melaluinya, keupayaan kamera pada peranti pintar ini dilihat setanding dengan OnePlus 8 Pro. Namun, ketinggalan beberapa anak tangga di belakang Google Pixel 5 yang hanya menyokong sistem dwi-kamera utama.
Pujian diberikan kepada penghasilan warna yang baik pada imej dalam kebanyakan situasi, sistem imbangan putih yang konsisten (foto dan video) dan keupayaan video yang baik dengan penghasilan perincian subjek memuaskan. Kritikan pula diberikan kepada julat dinamik yang terhad untuk situasi pencahayaan rendah, perincian yang kurang memuaskan untuk hasil gambar sudut lebar dan bokeh kurang memuaskan.
Sekadar selingan, bagi anda yang berminat untuk membeli mana-mana model di bawah siri Xiaomi Mi 10T. Anda boleh berbuat demikian dengan mendapatkannya menerusi sejumlah platform berbeza termasuk Shopee dan Lazada. Untuk harga, Xiaomi Mi 10T dijual pada harga RM1,699. Sementara, Xiaomi Mi 10T Pro pula berharga RM1,999.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment