Fossil Mungkin Akan Hadir Dengan Jam Wear OS Yang Menyokong LTE
Fossil Gen 5 adalah jam tangan pintar Wear OS terkini daripada Fossil. Ia adalah antara yang popular kerana kualiti binaan dan pengalaman penggunaan yang lebih baik. Ia juga adalah antara jenama jam yang kerap hadir dengan jam Wear OS dan turut mudah untuk didapatkan di Malaysia. Tetapi Fossil masih tiada jam dengan cip yang terkini seperti Mobvoi.
Terkini menurut Android Authority, Fossil mungkin akan hadir dengan satu jam tangan pintar baharu yang menyokong rangkaian LTE melalui eSIM. Tetapi besar kemungkinan jam ini masih sama, iaitu Fossil Gen 5 – cuma ia menyokong LTE. Tiada butiran yang jelas sama ada adakah ianya jam baru, apakah spesifikasinya, apakah ciri dan fungsinya? Semuanya masih menjadi misteri.
Fossil Gen 5 diperkenalkan pada Ogos lepas, ia dijana dengan cip kuno Snapdragon Wear 3100, memori 1GB RAM, ada pembesar suara dan mikrofon, ada NFC, kemaskini pantas dan ia adalah jam yang cukup hebat. Fossil boleh sahaja berikan kejutan, terus hadir dengan Fossil Gen 6 atau Fossil Gen 5 Pro (anggapan). Jika cip baru digunakan, kita akan menerima naik taraf prestasi dan ketahanan bateri yang lebih baik. Sama-sama kita nantikan.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment