Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ekonomi Malaysia di tahap paling parah akibat drama politik, kata Tok Mat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ekonomi Malaysia di tahap paling parah akibat drama politik, kata Tok Mat


 

Mohamad Hasan berkata, Malaysia perlu meraikan ketibaan 2021 dengan memulakan pemulihan melalui agenda ekonomi berani, mantap dan inklusif.

PETALING JAYA: Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan berkata, Malaysia memerlukan kerajaan stabil, Kabinet progresif dan dasar ekonomi berevolusi, bukannya menjadikan pandemik Covid-19 sebagai alasan untuk ekonomi “terencat”.

Katanya, pelbagai drama politik membawa ekonomi Malaysia yang suram ke tahap paling parah dalam sejarah negara.

“Tiga minggu dari sekarang, akan menyinsinglah fajar 2021. Kita akan mengakhiri 2020 dengan tiada pencapaian penting, apatah lagi lonjakan baru untuk kemajuan dan kebolehsaingan.

“Negara jiran seperti Indonesia, Vietnam, Thailand dan Kemboja terus menunjukkan pencapaian ekonomi yang berdaya saing, menarik pelaburan teknologi dan menjadi negara perindustrian yang penting. Singapura pula memecut laju meninggalkan Malaysia jauh ke belakang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Malaysia perlu meraikan ketibaan 2021 dengan memulakan pemulihan melalui agenda ekonomi berani, mantap dan inklusif, selepas membuang banyak masa serta peluang pada tahun ini.

“Agenda reset ekonomi mesti segera beralih kepada pertumbuhan berganda, pelaburan bermutu dalam sektor teknologi dan inovatif serta membuka pasaran dengan lebih agresif.

“Semoga semua ini akan segera berubah kerana Malaysia sebelum ini jauh lebih dinamik. Kita mesti segera menjadi yang terbaik semula di Asia Tenggara tanpa berlengah.” - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.