Hi! Welcome Back and Stay Tune! MYNIC Memperkenalkan PRIME Untuk Dorong Usahawan MSME Beralih Ke Dunia Digital Dengan Penawaran 20,000 Nama Domain .BIZ.MY Secara Percuma - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MYNIC Memperkenalkan PRIME Untuk Dorong Usahawan MSME Beralih Ke Dunia Digital Dengan Penawaran 20,000 Nama Domain .BIZ.MY Secara Percuma


Pandemik COVID-19 telah membawa impak yang amat besar kepada semua, di mana hampir semua aspek kehidupan seharian kita telah menjalani perubahan yang begitu ketara. Manakala daripada sudut adaptasi perniagaan ke dalam dunia digital pula, ia bukanlah sesuatu yang baru tetapi pandemik ini telah melonjakkan adaptasi itu dengan begitu pesat. MYNIC, sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) MYNIC sedia bekerjasama dengan usahawan-usahawan mikro, kecil dan sederhana (MSME) untuk membantu membawa perniagaan mereka dari luar talian ke atas talian supaya lebih berdaya saing untuk mengembangkan perniagaan secara tempatan mahupun antarabangsa. Justeru itu, satu program baru telah diperkenalkan oleh MYNIC iaitu Program Realisasi Impian Ekonomi Digital (PRIME) yang menekankan kepentingan proses pendigitalan untuk perusahaan MSME.

PRIME yang disasarkan kepada MSME adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada usahawan-usahawan ini dalam menceburi perniagaan digital. Sebagai permulaan, PRIME menawarkan penjenamaan digital secara percuma kepada 20,000 usahawan MSME dengan memanfaatkan nama domain baharu iaitu .BIZ.MY. Matlamat utama ialah supaya dengan penawaran nama domain .BIZ.MY percuma kepada MSME, mereka berpeluang untuk membina identiti perniagaan digital yang unik dan tersendiri. 

Usaha MYNIC ini mampu mendorong usahawan MSME untuk memiliki perniagaan atas talian dan platform e-dagang mereka sendiri bagi mengembangkan perniagaan mereka hingga ke peringkat antarabangsa. Ini selari dengan pelbagai inisiatif kerajaan untuk memacu ekonomi digital seperti Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan penubuhan Majlis Digital Negara.

Malah baru-baru ini, KKMM telah melancarkan Program Realisasi Impian Ekonomi Digital (PRIME) yang disasarkan kepada Perusahaan Kecil Sederhana (PKS). Dibawah inisiatif MYNIC, mereka juga telah memperkenalkan kategori nama domain baharu iaitu .BIZ.MY untuk golongan ini. Dengan pelancaran nama domain baharu ini, ia memudahkan lagi syarikat-syarikat industri kecil dan sederhana untuk membawa perniagaan mereka ke atas-talian.

Inisiatif ini sekaligus dapat mendorong lebih banyak usahawan MSME dalam mendigitalkan perniagaan dan seterusnya membantu mereka untuk terus berdaya saing dalam ekonomi digital Malaysia malahan mampu merangsang pertumbuhan ekonomi, dan akan meningkatkan peluang pekerjaan di negara ini. 

Dahulu, jika seseorang ingin mengetahui mengenai sesuatu produk atau perkhidmatan, mereka akan pergi ke kedai ataupun bertanya dengan kenalan yang berkemungkinan mengetahui mengenai produk atau perkhidmatan itu.  Di dalam dunia digital masa kini, sebagai pengguna Internet, mereka akan menggunakan laman sesawang carian seperti Google untuk mencari produk atau perkhidmatan itu.  Jadi dengan adanya nama digital untuk perniagaan mereka, ia akan membantu untuk meningkatkan peluang perniagaan tersebut di cari oleh pengguna. Oleh itu, sekiranya anda merupakan usahawan MSME, nama domain .BIZ.MY ini dilihat sangat bermanfaat untuk anda. Secara tidak langsung, nama domain .BIZ.MY juga dapat memberikan identiti perniagaan yang tersendiri dan menyediakan tahap keselamatan yang lebih diyakini serta akan membuka lebih banyak peluang untuk anda mendapatkan pelanggan. 

Sehingga 31 Januari 2021, bagi pendaftaran nama domain .BIZ.MY yang dibuat melalui PRIME turut akan diberikan pakej GO2 Brand Standard. Anda tidak perlu mempunyai laman web untuk menjalankan perniagaan secara atas talian memandangkan pakej GO2 Brand Standard ini akan menghubungkan secara terus (domain redirect) kepada 5 aplikasi popular anda seperti WhatsApp, Facebook, FB Messenger, Twitter, Twitter DM, Instagram, Telegram, Google Maps, Waze, Blogspot dan WWW (website).

Pelanggan anda kini hanya perlu klik kepada pautan nama domain .BIZ.MY kepunyaan anda untuk terus berhubung dengan anda. Tawaran nama domain .BIZ.MY beserta pakej GO2 Brand Standard adalah percuma selama setahun dengan menggunakan kod kupon “MYBIZ”. Tawaran ini hanya sah sehingga 31 Januari 2021 sahaja. Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan promosi percuma ini bagi membantu perniagaan anda sementara tempoh promosi masih lagi berlangsung.

Layari: Laman Rasmi MYNIC Untuk Maklumat Lanjut

Penafian: Advertorial daripada MYNIC



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.