Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sekali Lagi Rekaan Galaxy Buds Pro Tertiris – Kali Ini Berwarna Perak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sekali Lagi Rekaan Galaxy Buds Pro Tertiris – Kali Ini Berwarna Perak


Galaxy Buds Live adalah Galaxy Buds generasi baharu dengan rekaan “kacang” dan juga sokongan pembatalan hingar aktif. Tetapi nampaknya, rekaan ini mungkin tidak menarik perhatian ramai dan Samsung dikatakan tidak lagi akan menggunakan rekaan ini pada generasi baharu Galaxy Buds akan datang.

Galaxy Buds generasi baharu dikatakan akan menggunakan nama Galaxy Buds Pro. Dari segi rekaan, Galaxy Buds Pro menggunakan jenis dalam telinga dan tidak lagi seperti Buds Live. Elemen rekaan serta kemasan dari Buds Live turut digunakan seperti berkilat kesemuanya dengan satu warna sahaja dan tidak lagi dua warna seperti Buds+. Melalui rekaan yang tertiris sebelum ini, versi warna ungu diperlihatkan.

Terkini, warna perak pula telah diperlihatkan. Sama seperti warna ungu sebelum ini, pod pengecasan dengan warna dan rekaan sama turut diperlihatkan. Semasa Galaxy Buds Live dilancarkan, hanya warna gangsa, hitam, putih, merah dan biru sahaja ditawarkan. Warna ungu dan perak seperti ini belum lagi. Galaxy Buds Pro akan dilancarkan bersama-sama dengan Samsung Galaxy S21 tidak lama lagi.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.