Kerajaan Menyasarkan 70% Rakyat Malaysia Menerima Vaksin Covid-19 Pada Tahun 2021
Wabak Covid-19 sudah setahun menyerang popular bumi sehingga mengakibatkan lebih 382 kematian di Malaysia dan 1.53 juta di peringkat global. Di Dewan Rakyat pagi ini, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata kerajaan menyasarkan 70% rakyat Malaysia akan menerima vaksin Covid-19 sepanjang 2021.
Setakat ini Malaysia sudah menandatangani perjanjian dengan COVAX dan Pfizer untuk membekalkan 30% keperluan vaksin Covid-19 negara. Pemberian vaksin pula akan dimulakan pada suku pertama 2021 dengan petugas barisan hadapan menjadi kumpulan pertama menerimanya
Baki 40% keperluan vaksin negara masih lagi dibincangkan dengan beberapa syarikat farmaseutikal. Bagi rakyat Malaysia suntikan vaksin akan diberikan secara percuma dengan kerajaan memperuntukkan RM3 bilion dalam belanjawan yang dibentangkan bulan lalu.
Untuk menentang Covid-19, hanya 70% populasi sesebuah negara perlu menerima vaksin. Di peringkat global China, Rusia dan UK adalah tiga negara awal yang memulakan program vaksinasi kepada rakyat mereka.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment