Skor DXOMark iPhone 11 Dikemaskini – Menerima 119 Mata Dan Menewaskan OnePlus 8 Pro Dan Galaxy S20+
iPhone 11 adalah peranti mercu mampu milik Apple yang dilancarkan pada tahun lepas. Peranti ini mempunyai dwi-kamera, yang mana adalah naik taraf yang baik berbanding iPhone XR. Ia juga popular, kerana ketahanan bateri yang baik. DXOMark menguji kebolehan kamera peranti ini dan memperoleh mata 109 pada tahun lepas.
Kini selepas lebih setahun usia peranti ini, lebih banyak peranti pesaing hadir yang ada kamera lebih hebat – DXOMark membuat ujian semula untuk iPhone 11. Kali ini, ia menerima skor sebanyak 119 mata – iaitu lebih 10 mata. iPhone 11 kali ini menerima skor yang lebih baik dari OnePlus 8 Pro dan juga Samsung Galaxy S20+.
Menurut DXOMark, selepas ujian baharu dilakukan – iPhone 11 dilihat mampu memaparkan warna yang jitu dari segi dynamic range. Kualiti keseluruhan adalah mirip iPhone 11 Pro Max. Warna yang sangat cantik, terang dan indah. Masalah iPhone 11 adalah pada keseimbangan warna putih yang dilihat sedikit ke arah kekuningan (warm). Lain-lain, ia dapat memelihara butiran dengan baik sekali.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment