Hi! Welcome Back and Stay Tune! GoPro Remote Dilancarkan – Alat Kawalan Untuk Mengawal GoPro Dari Jarak Jauh - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

GoPro Remote Dilancarkan – Alat Kawalan Untuk Mengawal GoPro Dari Jarak Jauh


GoPro adalah jenama terkenal untuk kamera aksi seperti GoPro Hero dan GoPro Hero Black. Model yang terkini adalah GoPro Hero 9 yang membawakan sejumlah fungsi dan ciri yang baru. Walaupun GoPro boleh dikawal dari kamera terus atau dari aplikasi – tetapi jika GoPro dipasang pada jarak yang sukar dicapai seperti helmet, motosikal, layang-layang dan banyak lagi – kawalan adalah terhad.

Terkini, Go Pro telah hadir dengan GoPro Remote yang tahan lasak dan boleh bertahan 16 kaki di dalam air. Alat kawalan jauh ini boleh mengawal GoPro sejauh 200 kaki, iaitu sekitar 60.96 meter. Butang kawalan terbina cukup besar agar mudah digunakan oleh mereka yang bersarung tangan, ada paparan untuk memaparkan mod-mod yang sedang digunakan, status bateri, mengawal untuk hidup atau matikan, kawalan butang pengatup, menukar antara lima mod dan banyak lagi.

Harga jualan alat kawalan ini adalah $79.99, iaitu sekitar RM323. Tidak pasyi jika ia akan dibawa ke pasaran tempatan dan apakah harganya.

Alat kawalan jauh ini terhad kepada GoPro Hero 9 Black, Hero 8 Black, atau Max sahaja. GoPro model-model lama perlu menggunakan alat kawalan jauh model lama – GoPro Smart Remote. Selain daripada melancarkan alat kawalan jauh ini, GoPro turut mengedarkan kemaskini untuk menjadikan tiga model GoPro terbaru ini lebih pantas.

Berikut adalah senarai log perubahan kemaskini ini;

GoPro Hero 9 Black

  • Mencapai sehingga 30% lebih pantas proses pemindahan data antara kamera ke peranti melalui aplikasi.
  • Menyokong alat kawalan jauh baharu.
  • HyperSmooth 3.0 ditambah baik untuk digunakan pada cuaca sejuk.
  • Butang gelongsor digital untuk kawalan gerak perlahan.
  • GPS yang kini lebih baik.
  • Penstriman langsung dengan aksesori modular Max Lens Mod kini lebih baik.
  • Kini menyokong penyesuai mikrofon Pro 3.5mm.

Untuk Hero 8 Blacl dan Max, pemindahan data kini mencapai 15% dan 20% lebih pantas. Kemaskini ini adalah automatik dari aplikasi.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.