Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rekaan Komputer Riba Gaming MSI GS76 Tertiris – Rekaan Lebih Minimalis, Komponen Lebih Berkuasa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rekaan Komputer Riba Gaming MSI GS76 Tertiris – Rekaan Lebih Minimalis, Komponen Lebih Berkuasa


Acara CES 2021 yang akan berlangsung dalam masa beberapa minggu sahaja lagi bakal memperlihatkan jenama-jenama komputer riba memperkenalkan model-model terkini mereka yang akan dikuasakan komponen-komponen terbaru.

Rekaan komputer riba MSI GS76 Stealth telah tertiris melalui VideoCardz, dan ia memperlihatkan rekaan komputer riba berwarna hitam yang mempunyai rekaan yang sangat nipis sekali.

Komputer riba ini hadir dengan paparan bersaiz 17.3 inci, dan walaupun resolusinya tidak diketahui lagi (kebarangkalian besar Full HD), ia telah disahkan bahawa ia akan mempunyai sokongan untuk kadar segar semula 360Hz.

Rekaan serba hitam komputer riba ini, yang disekalikan dengan logo MSI berwarna monokrom jauh lebih minimalis berbanding model GS66 sebelum ini.

Dari segi komponen, ia masih tidak disahkan lagi, tetapi ia dijangka bahawa ia akan dikuasakan oleh pilihan CPU Intel siri-H generasi ke-10 bersama-sama dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3000, dari GeForce RTX 3060 hinggalah ke GeForce RTX 3080.

MSI dijangka akan memperkenalkan komputer riba ini secara rasmi di acara CES 2021 kelak.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.