Hi! Welcome Back and Stay Tune! (Ura-Ura) OnePlus Mungkin Menggunakan Lensa Keluaran Leica - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(Ura-Ura) OnePlus Mungkin Menggunakan Lensa Keluaran Leica


Dalam usaha meningkatkan kualiti kamera yang lebih baik, para pengeluar kini dilihat berusaha mencari solusi sesuai untuk perkara berkenaan. Seperti yang kita semua tahu, Vivo baru sahaja mengumumkan kerjasama dengan ZEISS untuk membangunkan teknologi pengimejan mudah-alih secara bersama.

Dalam perkembangan terkini, timbul desas-desus baharu mengatakan OnePlus pula bakal bekerjasama dengan Leica bagi menghasilkan kamera untuk siri OnePlus 9. Maklumat ini diperoleh menerusi perkongsian ciapan daripada @Rodent950 yang dilihat menyenarai pendek beberapa pengeluar yang mempunyai kerjasama dengan syarikat kamera. Turut kelihatan, terdapat satu ciapan lain yang memberi gambaran bahawa kerjasama ini adalah untuk siri OnePlus 9 kelak.

Namun begitu, OnePlus masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung dakwaan ini. Jadi, lebih baik sekiranya kita menganggap maklumat dikongsi masih di peringkat ura-ura. Tapi jika ianya benar, kita boleh menyasarkan barisan peranti OnePlus terbaru kelak bakal hadir dengan prestasi kamera yang lebih baik.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.