Pengguna OnePlus 7 Dan OnePlus 7T Tidak Akan Menerima Kemaskini Android 11 Pada Tahun Ini
Siri OnePlus 7 dan OnePlus 7T adalah antara yang menarik dari OnePlus. Ia menggunakan rekaan yang lain, rasa lebih premium, berkuasa, dan mempunyai skrin yang cantik. Peranti ini sudah berusia lebih setahun sejak ia dilancarkan pada tahun lepas. Tetapi nampaknya, OnePlus seakan tidak memberi perhatian langsung pada peranti ini dan fokus kepada peranti baharu sahaja.
Ini kerana, Oxygen OS 11 berasaskan Android 11 versi stabil masih belum boleh dikemaskini oleh pengguna-pengguna peranti ini. OnePlus mempunyai masalah dari segi pembinaan sistem operasi ini, seperti data yang tidak boleh disulitkan. Berita ini diperoleh dari forum rasmi OnePlus China yang menyatakan Hydrogen OS 11 Android 11 untik kedua-dua siri peranti ini akan tertunda. Disebabkan Hydrogen OS dan Oxygen OS adalah sama, beza dari segi ada atau tiada GMS sahaja dan Hydrogen OS sentiasa menerima kemaskini baharu dahulu – jika China tertunda bermakna global juga tunda.
Kemaskini ini mungkin tidak akan diedarkan pada tahun ini. Jika berjaya disiapkan pada tahun ini, ia hanya akan terhad kepada pengguna beta tertutup sahaja. Perkara ini selari dengan OnePlus yang sudah hilang identiti, tiada lagi kemaskini pantas.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment