Twitter Mula Bereksperimen Dengan Spaces – Ciri Sembang Berasaskan Audio
Twitter kini telah mula bereksperimen dengan ciri baru dinamakan Spaces. Melalui Spaces, Twitter memfokuskan kepada bentuk bersembang dan berinteraksi secara audio.
Langkah ini akan mengubah secara menyeluruh bagaimana pengguna berinteraksi di platform sosial berkenaan. Sehingga kini, platfrom berkenaan popular kerana penawaran perkongsian melalui teks yang dihadkan kepada 280 aksara.
Tetapi, ciri Spaces ini mengubah cara interaksi, dan membuatkan pengguna lebih rapat antara satu sama lain.
Melalui ciri ini, seseorang boleh membuat “Space” mereka tersendiri, dan menambah rakan-rakan untuk menyertainya. Perbualan berkenaan boleh dikongsikan oleh didengar oleh semua pengguna Twitter, tetapi hos boleh mengehadkan siapa boleh bercakap dan menyertai perbualan berkenaan.
Buat masa ini, ciri ini masih diuji pada peringkat eksperimental, dan hanya segelintir kecil pengguna sahaja terlibat dalam ujian ini. Sekiranya semua berjalan lancar, kita mungkin melihat ciri ini diperkenalkan secara meluas kepada semua pengguna tidak lama lagi.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment