Lebih 20 Juta Peranti Keluaran Gionee Didapati Hadir Dengan Perisian Hasad
Gionee merupakan salah satu pengeluar peranti dari China. Terbaharu, mahkamah di China mendapati mereka mendapati terdapat lebih 20 juta peranti Gionee yang disertakan dengan perisian hasad (malware) secara sengaja antara Disember 2018 sehingga Oktober 2019 yang lepas.
Perisian hasad ini disertakan melalui sebuah aplikasi dinamakan “Story Lock Screen”. Aplikasi tersebut dikemaskini secara automatik pada peranti Gionee tanpa kebenaran pengguna. Ia juga membenarkan beberapa perkara lain dilakukan melalui perisian berkenaan.
Disebabkan oleh ini, beberapa orang yang terlibat didapati bersalah dan disabitkan dengan denda dan juga penjara antara 3 ke 3.5 tahun.
Untuk makluman, terdapat sejumlah pengeluar yang menyertakan perisian hasad dan juga pengiklanan pada telefon pintar mereka tanpa kebenaran pengguna – terutamanya penjual dengan peranti berharga rendah.
Bagi anda sendiri, pastikan anda mendapatkan telefon pintar asli yang telah melalui pengesahan Sirim, selain membuat semakan terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang pembelian.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment