Hi! Welcome Back and Stay Tune! Acer Menawarkan Dua Monitor Siri AOpen Pada Harga Bermula RM599 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Acer Menawarkan Dua Monitor Siri AOpen Pada Harga Bermula RM599


Bagi mereka yang sedang mencari monitor gaming pada harga di bawah RM1000, tawaran terkini daripada Acer ini boleh dikatakan sesuai untuk anda. Melaluinya, Acer kini hadir dengan penawaran dua monitor gaming baharu di bawah siri AOPen yang dijual pada harga mampu milik – iaitu AOpen 32HC5QR dan AOpen 24MV1YP.

Bagi yang berminat, AOpen 24MV1YP dijual pada harga RM599. Sementara, AOpen 32HC5QR pula berharga RM839. Setiap pembelian yang dibuat akan didatangkan dengan hadiah percuma – yang terdiri dengan Display Port Cable dan Acer Vacuum Flask untuk pembelian AOpen 24MV1YP. Seterusnya, pembelian untuk AOpen 32HC5QR disertakan dengan Predator Mouse Pad (Alien Jungle) secara percuma.

Bersempena dengan pengenalan ini, anda juga boleh mendapatkannya pada harga promosi iaitu RM569 untuk AOpen 24MV1YP dan RM759 pula AOpen 32HC5QR. Bagaimanapun, harga promosi ini hanya terhad sehingga 22 Januari 2021 dan kemudiannya ia akan dijual pada harga asal. Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkannya menerusi beberapa platform berbeza seperti kedai atas talian rasmi atau pengedar sah Acer.

Untuk spesifikasi, kedua-dua monitor hadir dengan sokongan sudut pandangan sehingga 178 darjah bersama skrin kadar segar mencecah 165Hz. AOpen 32HC5QR dilengkapi paparan bersaiz 31.5-inci FHD bersama masa tindak balas adalah 0.5. Sementara, AOpen 24MV1YP menyokong paparan bersaiz 23.8-inci FHD bersama masa tindak balas 1ms.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.