Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kemaskini Google Chrome Terbaru Menambahkan Ciri Pemeriksaan Kata Laluan Dan Membuang Sokongan Adobe Flash - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kemaskini Google Chrome Terbaru Menambahkan Ciri Pemeriksaan Kata Laluan Dan Membuang Sokongan Adobe Flash


Google baru-baru ini telah melancarkan kemaskini untuk pelayar web mereka, Google Chrome melalui versi Chrome 88 dimana ia hadir dengan sejumlah ciri-ciri baru, dan membuang ciri-ciri lama.

Diantara ciri-ciri yang dibuang termasuklah sokongan untuk kandungan Adobe Flash yang telahpun ditamatkan oleh Adobe sendiri tidak lama dahulu, dan kini tidak lagi akan dipaparkan pada pelayar tersebut.

Ciri kedua yang dibuang ialah sokongan untuk FTP ataupun File Transfer Protocol. Sebelum ini, pengguna Chrome boleh memasukkan alamat laman FTP dan memuat-turun fail melaluinya, tetapi kini pengguna nampaknya perlu menggunakan perisian seperti FileZilla untuk melayari laman-laman ini.

Dalam pada itu, Chrome juga kini memperkenalkan sebuah ciri dimana ia akan memeriksa kata laluan yang disimpan didalam pelayar tersebut, dan akan memberitahu sekiranya kata laluan yang disimpan itu telah dikompromi oleh serangan sekuriti daripada mana-mana laman web ataupun tidak.

Ini sekaligus membolehkan pengguna untuk tahu dengan cepat samada mereka perlu menukar kata laluan mereka ataupun tidak.

Chrome 88 juga hadir dengan ciri pencarian tab sama seperti yang diperkenalkan sebelum ini. Untuk mengaktifkannya, pengguna hanya perlu ke chrome://flags/#enable-tab-search dan mengaktifkannya dari sana.

Satu lagi penambahan kecil yang dilakukan ialah untuk menggelapkan sedikit bar tatalan apabila pengguna sedang melayar laman web dalam Dark Mode.

Anda boleh memuat-turun kemaskini terbaru Google Chrome dengan memasuki menu tetapan pelayar web tersebut, dan pergi ke bahagian About Chrome.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.