Hi! Welcome Back and Stay Tune! Porsche Taycan Dilancarkan Sebagai Model Asas Paling Mampu Milik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Porsche Taycan Dilancarkan Sebagai Model Asas Paling Mampu Milik


Taycan ialah siri kenderaan elektrik dari Porsche yang cuba memberikan saingan kepada Tesla. Sebelum ini mereka melancarkan Taycan Turbo, Taycan Turbo S dan Taycan 4S dengan prestasi yang berbeza. Hari ini Porsche Taycan telah dilancarkan pula sebagai model paling asas serta paling mampu milik setakat ini.

Dengan harga bermula dari $81,250 (~RM327,000), ialah lebih murah berbanding Taycan 4S yang dijual pada harga bermula $103,800 (~RM419,000) sebelum ini. Perbezaan terletak pada sistem motor elektrik dan bateri. Taycan hanya dilengkapi motor elektrik dengan oiutput 300 kW (408 kuasa kuda) yang lebih rendah berbanding 420 kW (563 kuasa kuda) pada Taycan 4S. Kelajuan maksimuim kenderaan ialah 230 km/j sementara pecutan dari 0-100 km/j dalam masa 5.4 saat.

Porsche menawarkan dua pilihan bateri 79.2 kWh atau 93.4 kWh yang masing-masing memberikan jarak perjalanan sehingga 431 dan 484 kilometer dengan sekali caj. Sistem pengecasan pantas 22 kW disokong bagi membolehkan bateri dicas sehingga 80% dalam masa 22.5 minit. Pengecasan selama lima minit pula memberikan jarak perjalanan sehingga 100 km.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.