Hi! Welcome Back and Stay Tune! Amazfit GTR 2e Dan GTS 2e Kini Berharga RM509 – Eksklusif Melalui Lazada - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Amazfit GTR 2e Dan GTS 2e Kini Berharga RM509 – Eksklusif Melalui Lazada


Berita baik buat mereka yang menggemari jam tangan daripada rangkaian Amazfit. Sekiranya anda menyimpan hasrat untuk memiliki Amazfit GTR 2e dan GTS 2e. Penawaran terkini daripada Amazfit membolehkan anda membelinya pada harga yang lebih rendah berbanding dengan harga asal.

Melaluinya, Amazfit GTR 2e dan GTS 2e dijual pada harga RM509 (RRP : RM549) untuk seunit. Bagaimanapun, ia ditawarkan secara eksklusif melalui Lazada dan unit yang tersedia adalah terhad. Selain itu, setiap pembelian turut didatangkan dengan jaminan untuk produk selama satu tahun.

Untuk spesifikasi, Amazfit GTR 2e dilengkapi skrin 1.39-inci AMOLED (454 X 454), bateri sebesar 471mAh dengan ketahanan sehingga 24 hari (mod harian) atau 45 hari (mod asas), perlindungan kalis air 50 meter dan menyokong sejumlah sensor penjejak kesihatan dan mod sukan yang berbeza.

Sementara, Amazfit GTS 2e pula mempunyai skrin 1.65-inci AMOLED, bateri 246mAh dengan ketahanan sehingga 14 hari (mod harian) atau 24 hari (mod asas), sensor terbina untuk pemantauan kesihatan dan mod sukan berbeza, pelindungan kalis air 50 meter, NFC, Bluetooth 5.0 BLE dan sebagainya.

Beli : Amazfit GTS 2e di Lazada



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.