TCL Mengumumkan Tablet NXTPAPER, Tab 10S Dan TWS MoveAudio S600
September tahun lepas, TCL mengumumkan panel skrin seakan E-Ink – NXTPAPER. Ia adalah panel seakan e-ink, tetapi mempunyai kualiti seakan panel LCD. Ia mempunyai resolusi FHD, mata tidak akan sakit dan jimat kuasa. Tahun ini, akhirnya TCL telah mengumumkan pula tablet tersendiri dengan penggunaan panel skrin ini.
Tablet TCL NXTPAPER hadir dengan skrin 8.88-inci FHD+, dijana MediaTek MT8768E dan dipadankan dengan memori 4GB RAM dan storan dalaman 64GB dengan sokongan kad microSD. Bateri adalah 5500mAh dengan sokongan penegecasan pantas 18W. Port bicu audio 3.5mm dikekalkan dengan kamera utama 8MP dan kamera swafoto 5MP. Ia masih menjalan Android 10 dan mempunyai perlindungan IP52.
Panel skrin ini dikatakan 25% lebih kontras dari kebanyakan tablet e-ink, 65% lebih jimat kuasa dan mata pengguna tidak akan sakit atau pedih. Tablet ini akan dijual di pasaran terpilih pada harga €349, iaitu sekitar RM1722.
TCL turut mengumumkan Tab 10S. Tablet ini menggunakan skrin IPS LCD bersaiz 10.1-inci dengan resolusi FHD+. Ia dijana dengan MediaTek MT8768 dan dipadankan dengan memori sehingga 4GB RAM dan pilihan storan mencapai 64GB dengan sokongan microSD. Bateri adalah 8000mAh dengan pengecasan pantas 18W, menjalankan Android 10 dan kamera utama 8MP serta kamera swafoto 5MP.
Tab 10S adalah tablet biasa yang memfokuskan kepada skrin besar. Ia menyokong stilus dan pelbagai aksesori yang boleh dipasang melalui pin POGO. Harga jualan adalah €199 (~RM982) untuk versi WiFi dan €249 (~RM1229) untuk versi selular.
Akhir sekali, TCL turut mengumumkan TWS MoveAudio S600. TWS ini hadir dengan sokongan pembatalan hingar hibrid dan turut menyokong mod transparency. Ia juga menyokong tambatan pantas Fast Pair, sensor ambien untuk auto jeda, memfokuskan bass, perlindungan IP54, serta bateri yang bertahan selama 32 jam.
Pemacu audio yang digunakan adalah 10mm dan TWS ini akan dijual pada harga €149, iaitu sekitar RM735.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment