TCL Turut Mengumumkan TCL 20 5G Dan TCL 20 SE – Snapdragon 690, 5G Dan Android 11
Selain dari melancarkan TWS, tablet dan televisyen – TCL turut mengumumkan pengganti kepada TCL 10 yang dilancarkan tahun lepas. Tahun ini, telefon pintar TCL adalah siri TCL 20 dan TCL telah memperkenalkan TCL 20 5G dan TCL 20 SE.
TCL 20 5G adalah peranti yang dijana dengan Snapdragon 690. Ia menggunakan skrin 6.67-inci LCD FHD+ HDR10 dan memori 6GB RAM serta pilihan storan dalaman 128GB atau 256GB. Bateri adalah 4500mAh dengan oengecasan pantas QC4.0+ 18W, tri-kamera 48MP + 8MP + 2MP dan kamera swafoto 8MP. Ia masih mempunyai port bicu audio 3.5mm, dan mempunyai butang khas untuk seru Google Assistant.
Seperti peranti TCL sebelum ini, TCL 20 5G turut memfokuskan kepada hiburan – lebih-lebih lagi teknologi yang boleh ubah SDR ke HDR. Harga jualan adalah bermula dari €299 (~RM1475) dengan pilihan warna biru atau kelabu.
Seterusnya adalah TCL 20SE. Ia adalah peranti kelas permulaan degan skrin 6.82″ HD+ LCD dan dijana dengan Snapdragon 460. Untuk memori, ia terhad kepada 4GB RAM sahaja tetapi storan boleh dipilih sama ada 64GB atau 128GB. Bateri adalah 5000mAh juga dengan penegcasan pantas 18W. Terdapat dua tetapan kamera juga, satu model dengan kuad-kamera 48MP + 5MP + 2MP + 2MP dan kamera swafoto 13MP. Manakal satu lagi adalah 16MP + 5MP + 2MP + 2MP dengan kamera swafoto 8MP.
Butang fizikal seruan Google Assistant turut disertakan dan menjalankan Android 11. Harga jualan adalah bermula dari €149, iaitu sekitar RM735.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment