Hi! Welcome Back and Stay Tune! HP Elite Folio Diumumkan Dengan Skrin Boleh Ubah Unik Dan Cip Snapdragon 8cx Gen 2 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

HP Elite Folio Diumumkan Dengan Skrin Boleh Ubah Unik Dan Cip Snapdragon 8cx Gen 2


Di CES pelbagai produk unik akan dilancarkan. Tahun ini walaupun berlangsung secara atas talian, tradisi pengumuman produk unik masih diteruskan dengan HP Elite Folio yang mengitar semula rekaan Spectre Folio yang dilancarkan beberapa tahun yang lalu.

Elite Folio dilengkapi 13.5″ WUXGA dengan nisbah 3:2 dengan panel kaca Gorilla Glass 5. Ia dijana cip a Qualcomm Snapdragon 8cx Gen 2 5G, memori sehingga 16GB, storan sehingga 512GB SSD dan bateri yang memberikan hayat penggunaan sehingga 24.5 jam.

Selari dengan trend mesra alam yang kian popular, Elite Folio diperbuat daripada bahan magnesium yang dikitar semula dan bahan kulit vegan yang tidak kejam kepada haiwan. Komponen speaker pula diperbuat daripada plastik dari laut yang telah dikitar semula.

Skrin yang bersambung kepada penutup bahan kulit vegan ini tidak boleh ditanggalkan dari tapak papan kekunci tetapi bebas digerakkan untuk menjadikannya komputer riba ataupun tablet. Pilihan I/O ialah 2 X USB-C, 1 X bicu audio 3.5mm dan slot SIM nano.

Selain sokongan 5G terbina, ia turut menyokong WiFi 6 dan bluetooth untuk tambatan aksesori. Penggunaan stylus juga boleh dilakukan pada skrin sesentuh Elite Folio.Harga masih belum diumumkan tetapi jualan akan dibuka pada Februari ini.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.