Lagi Satu Aplikasi Waktu Solat Muslim Dilaporkan Menjejak Pengguna, Dan Menjual Data
Pada tahun lepas, kita telah dikejutkan dengan laporan mengatakan aplikasi popular Muslim Pro yang didapati menjual data kepada pihak ketiga. Lanjutan daripadanya, kini satu lagi aplikasi dilaporkan menjual data kepada syarikat berkait dengan Amerika Syarikat, iaitu aplikasi Salaat First.
Menurut Vice, aplikasi Salaat First yang memudahkan pengguna untuk mengikuti waktu solat, didapati menjual data lokasi pengguna kepada pihak ketiga – yang mana pihak ketiga berkenaan menjualnya kepada yang lain.
Kebanyakkan aplikasi waktu solat meminta akses data lokasi dalam memberikan waktu solat yang tepat kepada pengguna mengikut kawasan semasa. Data ini ada kemungkinan disalah-gunakan oleh beberapa pihak, serta tidak begitu disukai oleh pengguna itu sendiri.
Salaat First telah dimuat-turun di lebih 10 juta kali pada peranti Android, dan didapati data pengguna dijual kepada sebuah agensi dinamakan Predicio. Data yang dijual termasuk lokasi pengguna, model telefon, alamat IP, dan latar masa. Pengguna aplikasi Salaat First pada iOS dilaporkan tidak terkesan dengan perkara ini.
Pihak pembangun Salaat First ini mengesahkan menjual data ini kepada Predicio – dimana mengikut perjanjian ia meliputi data pengguna di negara UK, Jerman, Perancis, dan juga Itali. Pembangunnya turut mengatakan telah menghentikan perkongsian informasi pada Oktober 2020 lepas disebabkan oleh penggunaan bateri yang tinggi.
Bagi anda yang sedang mencari aplikasi untuk mengetahui waktu solat, mungkin boleh menggunakan aplikasi rasmi daripada kerajaan Malaysia sendiri, iaitu MySolat, atau turut melihat kepada beberapa alternatif yang lain.
Baca : 10 Aplikasi Alternatif Kepada Muslim Pro
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment