Hi! Welcome Back and Stay Tune! AMD Akan Memperkenalkan Cip Pemprosesan Grafik RDNA2 Untuk Komputer Riba Tidak Lama Lagi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

AMD Akan Memperkenalkan Cip Pemprosesan Grafik RDNA2 Untuk Komputer Riba Tidak Lama Lagi


Pada penghujung tahun lepas, AMD telah melancarkan siri kad grafik terbaru mereka, iaitu AMD Radeon RX 6000 yang menggunakan teknologi cip pemprosesan grafik terbaru mereka yang dinamakan RDNA2.

Sewaktu acara CES 2021 yang kini sedang berlangsung secara digital, AMD telah memperlihatkan siri cip pemprosesan AMD Ryzen 5000 untuk komputer riba, dan pada penghujung pengumuman tersebut, Dr. Lisa Su, CEO syarikat tersebut berkata bahawa kad grafik tersebut juga akan tiba untuk komputer riba tidak lama lagi.

Kad grafik terbaru AMD ini bukan sahaja hadir dengan kemampuan untuk menggerakkan permainan pada resolusi dan juga tetapan grafik yang tinggi, tetapi juga mempunyai ciri Ray-Tracing yang sebelum ini diperlihatkan oleh NVIDIA melalui siri kad grafik GeForce RTX mereka.

AMD nampaknya sudahpun bersedia untuk memperkenalkan kad grafik RDNA2 terbaru ini pada komputer riba gaming yang membolehkannya bersaing dengan NVIDIA untuk takhta grafik gaming yang terhebat.

Dr. Lisa Su, CEO AMD mengatakan bahawa sama seperti cip pemprosesan AMD Ryzen 5000 untuk komputer riba, ia dijangka bahawa jenama-jenama komputer riba akan mula memperkenalkan gabungan CPU dan GPU AMD didalam komputer riba mereka pada suku kedua tahun 2021.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.