Hi! Welcome Back and Stay Tune! AMD Melancarkan Siri CPU Ryzen 5000 Untuk Komputer Riba Nipis Dan Ringan Dan Juga Gaming - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

AMD Melancarkan Siri CPU Ryzen 5000 Untuk Komputer Riba Nipis Dan Ringan Dan Juga Gaming


Setelah melancarkan siri cip pemprosesan desktop AMD Ryzen 5000 pada penghujung tahun lepas dimana ia hadir dengan penambahbaikan kepada siri cip pemprosesan AMD Ryzen 3000.

Di acara CES 2021, AMD telah melancarkan pula siri cip pemprosesan AMD Ryzen 5000 untuk komputer riba yang terdiri daripada empat siri cip pemprosesan untuk pelbagai jenis komputer riba.

Bermula dengan AMD Ryzen 5000 U, siri cip pemprosesan ini bukan sahaja ditawarkan untuk komputer riba nipis dan ringan, tetapi menawarkan prestasi yang cukup berkuasa bersama-sama dengan penawaran jumlah teras yang cukup tinggi dan juga jangkahayat bateri yang lama, sekitar 16-21 jam.

Siri cip pemprosesan AMD Ryzen 5000 H pula terdiri daripada tiga siri berbeza, iaitu AMD Ryzen 5000 H, AMD Ryzen 5000 HS dan juga AMD Ryzen 5000 HX untuk tiga jenis komputer riba berprestasi tinggi yang berbeza.

Untuk siri CPU AMD Ryzen 5000 H, siri cip pemprosesan ini akan dapat dilihat pada komputer-komputer riba arus perdana ataupun untuk komputer riba gaming, dimana ia akan dipadankan bersama-sama dengan kad grafik keluaran AMD sendiri ataupun NVIDIA.

Siri cip pemprosesan AMD Ryzen HS diperkenalkan pada tahun lepas melalui AMD Ryzen 4800HS yang diperkenalkan pada komputer riba ASUS ROG Zephyrus G14 yang menggabungkan prestasi berkuasa yang boleh dimuatkan didalam rekaan komputer yang lebih nipis berbanding dengan komputer riba tradisional ataupun gaming.

Bagi mereka yang mementingkan kuasa pemprosesan lebih dari segalanya, AMD turut memperkenalkan siri cip pemprosesan AMD Ryzen 5000 HX buat pertama kalinya dimana ia adalah cip pemprosesan komputer riba yang mempunyai prestasi hampir sama seperti sebuah cip pemprosesan desktop.

Menurut AMD, cip pemprosesan paling berkuasa mereka, iaitu AMD Ryzen 9 5980HX hadir dengan peningkatan prestasi satu bebenang setinggi 23 peratus dan prestasi multi-bebenang setinggi 17 peratus lebih baik berbanding dengan cip pemprosesan Ryzen 9 siri-H sebelum ini.

Senarai lengkap cip pemprosesan AMD Ryzen 5000 U, H, HS dan HX boleh dilihat di sini.

Model Teras/Bebenang Boost[i]/Base[ii]Frekuensi (GHz) Cache (MB) TDP (Watt) Arkitektur
AMD Ryzen 9 5980HX 8C/16T Up to 4.8 / 3.3 GHz 20 45+ “Zen 3”
AMD Ryzen 9 5980HS 8C/16T Up to 4.8 / 3.0 GHz 20 35 “Zen 3”
AMD Ryzen 9 5900HX 8C/16T Up to 4.6 / 3.3 GHz 20 45+ “Zen 3”
AMD Ryzen 9 5900HS 8C/16T Up to 4.6 / 3.0 GHz 20 35 “Zen 3”
AMD Ryzen 7 5800H 8C/16T Up to 4.4 / 3.2 GHz 20 45 “Zen 3”
AMD Ryzen 7 5800HS 8C/16T Up to 4.4 / 2.8 GHz 20 35 “Zen 3”
AMD Ryzen 5 5600H 6C/12T Up to 4.2 / 3.3 GHz 19 45 “Zen 3”
AMD Ryzen 5 5600HS 6C/12T Up to 4.2 / 3.0 GHz 19 35 “Zen 3”
AMD Ryzen 7 5800U 8C/16T Up to 4.4 / 1.9 GHz 20 15 “Zen 3”
AMD Ryzen 7 5700U 8C/16T Up to 4.3 /1.8 GHz 8 15 “Zen 2”
AMD Ryzen 5 5600U 6C/12T Up to 4.2 / 2.3 GHz 19 15 “Zen 3”
AMD Ryzen 5 5500U 6C/12T Up to 4.0 / 2.1G Hz 8 15 “Zen 2”
AMD Ryzen 3 5300U 4C/8T Up to 3.8 / 2.6 GHz 6 15 “Zen 2”

AMD mengatakan lagi bahawa komputer-komputer riba yang dikuasakan CPU AMD Ryzen 5000 ini akan tiba di pasaran sekitar suku kedua tahun 2021 ini.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.