Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rekaan Oppo Find X3 Pro Diperlihatkan Dalam Imej Pengolokan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rekaan Oppo Find X3 Pro Diperlihatkan Dalam Imej Pengolokan


Oppo Find X3 merupakan peranti mercu daripada Oppo yang seterusnya dan pelbagai spekulasi mengenai peranti pintar telah didengari. Buat masa ini, masih belum dapat dipastikan berapa bilangan model peranti yang bakal diperkenalkan oleh Oppo. Tetapi, salah satu daripadanya dikatakan telah tertiris dalam beberapa imej pengolokan – sekaligus memperlihatkan rekaan padanya.

Model yang dimaksudkan di sini adalah Oppo Find X3 Pro. Sekali pandang, rekaan pada panel belakangnya kelihatan pelik tetapi unik. Nyata ia berbeza daripada yang lain. Kemudian, ia turut menempatkan sokongan kuad-kamera utama dan rekaan pada lensa kelihatan serupa seperti iPhone 12 Pro Max cuma diubah sedikit dari segi susunannya.

Dalam pada itu, ia juga dilihat hadir dengan sisi melengkung dan dipercayai menggunakan panel hadapan berukuran 6.7-inci bersama skrin kadar segar semula 120Hz Adaptif yang boleh berubah-ubah. Selain itu, ia juga dipercayai hadir dengan sokongan pengecasan pantas SuperVOOC 2.0.

Maklumat lanjut berkaitan pelancaran rasmi masih belum diketahui buat masa ini. Namun mengikut spekulasi awal, sumber menyasarkan ia mungkin hadir sekitar bulan Mac dan April kelak.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.