Razer Project Hazel Ialah Pelitup Muka N95 Dengan Lampu RGB Dan Pembesar Suara
Terdapat pelbagai inovasi teknologi pelitup muka diperlihatkan sejak wabak Covid-19 merebak ke seluruh dunia. Apple contohnya mereka pelitup muka sendiri untuk kegunaan kakitangan di Apple Store. Razer, syarikat pengeluar aksesori terkemuka juga tidak ketinggalan dan telah memperlihatkan konsep pelitup muka mereka sendiri di bawah Project Hazel.
Project Hazel ialah pelitup muka yang boleh dipakai berkali-kali dengan penapis N95 terbina. Dua kipas pada bahagian pipi menarik dan menolak udara keluar dari kebuk udara secara aktif. Bahagia hadapan pelitup muka adalah lutsinar bagi memudahkan OKU pendengaran membaca pergerakan bibir.
Kerana ia adalah sebuah produk Razer, tidak mengejutkan ia tampil dengan sistem lampu RGB Razer Chroma. Tidak berakhir di situ, terdapat pembesar suara juga yang menguatkan percakapan pemakai kerana antara isu pada waktu ini ialah pelitup menghalang kekuatan suara. Selepas dipakai Project Hazel disimpan di dalam bekas nyahkuman khas dengan lampu ultra ungu dan mengecas bateri sistem kipas secara nirwayar.
Project Hazel masih lagi sebuah konsep dan bukan untuk dipasarkan. Dengan dunia sudah memulakan proses vaksinasi, mungkin Hazel akan kekal sebagai konsep sahaja sehinggalah muncul wabak yang seterusnya.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment