Hi! Welcome Back and Stay Tune! Komputer Riba Ini Hadir Dengan 7 Skrin Untuk Memudahkan Multi-Tugasan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Komputer Riba Ini Hadir Dengan 7 Skrin Untuk Memudahkan Multi-Tugasan


Expanscape, kini telah hadir dengan sebuah prototaip komputer riba dinamakan Aurora 7, yang mana menjadikannya agak unik berbanding pelbagai komputer riba lain di pasaran adalah bilangan skrin yang disertakan.

Aurora 7 menyertakan sebanyak 7 skrin bersama-sama dengannya – yang mana menawarkan lebih 6 skrin berbanding sebuah komputer riba biasa. Dengan penawaran ini, ia akan memudahkan pengguna melakukan multi-tugasan pada sesuatu masa dengan mudah.

Aurora 7 menggunakan skrin utama 17.3-inci, dan tiga lagi skrin pada saiz sama – satu diatas, dan dua lagi pada bahagian kiri dan kanan. Masing-masing, tambahan skrin bersaiz 7-inci turut disertakan pada bahagian kiri dan kanan juga. Skrin ketujuh pula diletakkan pada bahagian atas komputer riba, bersebelahan dengan trackpad.

Komputer riba ini turut hadir dengan spesifikasi tinggi – termasuk cip Intel Core i9-9900K, memori 64gB RAM DDR4, dan dilengkapi kad grafik GTX 1060.

Buat masa ini, komputer riba seberat lebih 11 kilogram ini masih pada peringkat prototaip lagi. 



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.