Hi! Welcome Back and Stay Tune! SwitchRoot Kini Hadir Dengan Custom ROM Android 10 Untuk Nintendo Switch Dengan Android TV Terbina - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SwitchRoot Kini Hadir Dengan Custom ROM Android 10 Untuk Nintendo Switch Dengan Android TV Terbina


Ingat lagi? Pada tahun 2019 satu pasukan pembangun bebas SwitchRoot membangunkan custom ROM Android 8.0 Oreo untuk Nintedo Switch. Menggunakan asas binaan daripada NVIDIA Shield TV, sistem operasi Android ini berjaya dibangunkan. SwitchRoot dilihat berfungsi dengan baik, malah permainan khas untuk NVIDIA Shield TV juga boleh dimainkan tanpa masalah.

Terkini mereka hadir dengan versi kemaskini, di mana ia menggunakan sistem operasi berasaskan Android 10. Ia masih lagi menggunakan asas daripada ROM NVIDIA Shield TV, kali ini versi LineageOS 17.1. Kali ini SwitchRoot sudah semakin maju dengan sokongan kemaskini OTA, menyokong alat kawalan Hori, Joy-Con dan Pro Controller boleh digunakan, Deep Sleep mampu bertahan selama seminggu, bunyi kipas lebih senyap, menyokong dermaga dengan resolusi yang dioptimasikan dan juga menyokong pengecasan PD dari pihak ketiga.

Ia juga lebih mudah dipasang melalui alat Hekate, sistem Android yang dibina lebih ringkas dan menyokong banyak pemacu penting, WiFi kurang bermasalah, lebih banyak aksesori Bluetooth disokong, menyokong auto-putar dan banyak lagi. Lebih menarik, SwitchRoot kali ini menyertakan sokongan Android TV terbina melalui dermaga dan sokongan terhad melalui penggunaan mudah-alih. Ia kini boleh dijadikan sebagai kotak set Android TV + konsol permua berkuasa.

Permua khas dibina untuk Shiled TV seperti Half-Life 2 dan Tomb Raider serta banyak lagi masih tidak disokong kerana masih belum berjaya untuk memanipulasi sistem mengenai sistem operasi ini. Custom ROM ini adalah rasmi dari SwitchRoot tetapi binaan tidak rasmi LineageOS. Untuk kaedah pemasangan dan fail muat turun, sila ke pautan di bawah.

Muat Turun SwitchRoot Android 10 Dan Baca Kaedah Pemasangan Di Sini



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.