Menggunakan Aplikasi “Barcode Scanner” Di Android? – Nyah-Pasang Ia Sekarang
Malwarebytes, salah satu firma yang sering membuat kajian berkenaan dengan sekuriti, kini telah mengeluarkan laporan berkenaan salah satu aplikasi Android yang turut kini menjadi sebuah perisian hasad.
Aplikasi dinamakan “Barcode Scanner” yang mempunyai lebih 10 juta pemasangan dikalangan pengguna Android, kini dilihat berubah menjadi sebuah perisian hasad.
Melalui kemaskini terakhir yang ditawarkan pada Disember lepas, aplikasi Barcode Scanner ini dilihat menyertakan perisian hasad – sekaligus menyertakan pengiklanan yang meminta pengguna memasang sebuah aplikasi “Cleaner” apabila pengguna melayari web pada telefon mereka.
Google yang menyedari perkara ini telah pun membuang aplikasi tersebut daripada Google Play Store. Namun, sekiranya anda mempunyai aplikasi ini terpasang pada telefon pintar anda, ia mungkin teruskan paparan iklan dan beberapa perkara mencurigakan lain – serta memerlukan anda nyah-pasangnya secara manual daripada telefon pintar anda.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment