Hi! Welcome Back and Stay Tune! Google Pixel Akhirnya Akan Hadir Dengan Pengimbas Cap Jari Bawah Skrin? Petanda Di Dalam Kod Android 12 Baharu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Google Pixel Akhirnya Akan Hadir Dengan Pengimbas Cap Jari Bawah Skrin? Petanda Di Dalam Kod Android 12 Baharu


Android 12 Developer Preview 2 sudah pun tiba. Ia adalah versi pembangunan kedua dengan beberapa ciri dan fungsi baharu serta beberapa perkara dari DP1 diperbaiki. Seperti biasa, ia masih terhad kepada peranti Pixel. Semua sedia maklum yang Google Pixel sejak dari 2016 sehingga 2020 masih menggunakan teknik menyahkunci kuno iaitu pengimbas cap jari fizikal. Kecuali Pixel 4 yang menggunakan Face Unlock.

Dalam kod pembangunan Android 12 DP2 ini, terdapat kod baharu UdfpsControllerGoogle – yang mana udfps membawa maksud pengimbas cap jari bawah skrin. Memandangkan versi Android 12 ini terhad kepada peranti Pixel sahaja, ini memberi petanda yang peranti Pixel akan datang akan hadir dengan pengimbas cap jari bawah skrin.

Bukan itu sahaja, Google turut dilihat memperkenalkan “swipe for notifications” sebagai kawalan gestur baharu untuk mengakses talam notifikasi sebagai pengganti kepada kawalan gestur “swipe fingerprint for notifications” yang pengguna perlu menatal dari pengimbas cap jari di belakang peranti. Kawalan gestur ini adalah berasaskan perisian, di mana mungkin akses pantas dari pelancar.

Google Pixel 5 atau Pixel 5A mungkin akan dilancarkan sekitar suku kedua tahun ini. Sama-sama kita nantikan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.