Vivo Y72 5G Akan Diperkenalkan Di Thailand Tidak Lama Lagi – Sokong Kamera 64MP, Bateri 5000mAh
Vivo sedia hadir dengan sejumlah model berbeza di bawah siri Y dan kini mereka dilihat dalam perancangan untuk pengenalan satu lagi penawaran baharu di bawah siri yang sama. Peranti berkenaan bakal dikenali sebagai Vivo Y72 5G kelak.
Perkara ini telah dikongsi oleh pihak Vivo Thailand menerusi beberapa hantaran di laman media sosial rasmi mereka – termasuklah Facebook dan Twitter. Melaluinya, ia memperlihatkan rekaan yang sedikit berbeza berbanding model sebelum ini – dengan modul kamera menegak bersama tiga sensor utama. Salah satu daripada sensor berkenaan adalah sebesar 64-Megapixel. Turut kelihatan, ia mempunyai sokongan pengimbas cap jari pada sisi dan bateri sebesar 5,000mAh. Selain itu, ia juga didatangkan dengan pilihan warna cerun yang menarik.
Meskipun Vivo tidak berkongsi dengan lebih lanjut mengenai spesifikasi padanya. Peranti ini bagaimanapun sebelum ini dilaporkan telah ditemui di laman Google Play Console dengan cip MediaTek MT6833V – yang mana berkait rapat dengan cip MediaTek Dimensity 700. Spesifikasi lain termasuklah – ia juga dipercayai hadir dengan skrin 6.58-inci LCD, memori 8GB RAM dan menyokong Android 11.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment