Huawei Watch Fit Elegant Dilancarkan Dengan Tubuh Besi Tahan Karat
Huawei Watch Fit dipasarkan di Malaysia pada Ogos tahun lalu dengan tubuh yang diperbuat daripada plastik dan tali pula dari bahan silikon. Di United Kingdom, Huawei Watch Fit Elegant telahpun dilancarkan dengan kemasan serta bahan binaan yang lebih premium.
Tubuh kini diperbuat daripada bahan besi tahan karat manakala tali pula dari bahan fluoroelastomer. Fluoroelastomer menurut Huawei adalah lebih tahan haba, minyak, kelembapan dan ditarik berbanding silikon. Sementara itu tubuh tahan karat ini adalah lebih tahan lasak. Dari segi spesifikasi tiada penambahbaikan dilakukan. Ia masih dilengkapi skrin empat segi 1.64″ AMOLED, cip Kirin A1, dilengkapi pengimbas nadi, SpO2, penjejak tapak, penjejak tidur, GPS, giroskop dan kemampuan kalis air sehingga 5 ATM.
Dengan sekali caj, jam tangan pintar dengan sistem operasi Lite OS ini boleh beroperasi sehingga 12 hari berterusan. Di United Kingdom, Huawei Watch Fit Elegent ditawarkan pada harga £110 (~RM631) seutas dalam warna emas putih dan hitam perak.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment