Hi! Welcome Back and Stay Tune! JingPad A1 Ialah Tablet Linux Pertama Dengan Sokongan 5G - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

JingPad A1 Ialah Tablet Linux Pertama Dengan Sokongan 5G


Permintaan untuk tablet naik mendadak tahun lalu dengan iPad masih merajai pasaran. Tetapi pengeluar tablet Android yang paling menunjukkan peningkatan ada yang sehingga tiga angka berbanding tahun 2019. Jika iPadOS dan Android ialah sistem operasi yang tidak menarik minat anda, JingPad A1 ialah alternatif terkini kerana ia menggunakan sistem operasi berasaskan Linux.

Tablet ini menggunakan JingOS yang berasaskan Linux tetapi dengan antaramuka yang mirip iPadOS. Skrin 11″ yang digunakan adalah dari keluarga AMOLED dengan resolusi 1728 x 2368 pixel dipadankan dengan pemproses Unisco Tiger lapan teras, memori 6GB RAM dan storan 128GB. Kamera utama pula sebesar 16MP dan kamera hadapan pula sebesar 8MP. Bateri yang disertakan pula berkapasiti 8000 mAh. Skrin menyokong bukan sahaja sentuhan tetapi sebuah stylus yang mengesan sehingga 4096 tahap tekanan.

Sebuah papan kekunci dengan tongkat disertakan bagi membolehkan JingPad A1 berfungsi seperti sebuah komputer riba. Ia bersambung kepada tubuh tablet menggunakan magnet. Yang menjadikan tablet ini unik ialah adalah tablet Linux pertama yang menyokong rangkaian 5G. Tiada maklumat mengenai harga pada waktu ini kerana projek akan mengumpul dana menerusi Indiegogo pada Jun hadapan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.