Huawei FreeBuds 4i Kini Rasmi Di Malaysia – TWS ANC Mampu Milik Huawei Yang Berharga RM379
Huawei FreeBuds 4i adalah TWS terbaru Huawei yang dilancarkan di China Februari lalu. Dari segi rekaan, ia membawakan rekaan seakan FreeBuds Pro yang mana masih lagi diambil inspirasi daripada AirPods Pro. TWS ini turut hadir dengan sokongan pembatalan hingar aktif dan dua mikrofon untuk panggilan telefon yang lebih baik dan berkualiti. Huawei juga mendakwa yang TWS ini mempunyai ketahanan bateri mencapai 10 jam secara berterusan tanpa ANC dan 7.5 jam dengan ANC. Seperti kebanyakan TWS baharu, FreeBuds 4i turut menggunakan cip Bluetooth 5.2.
Set fon telinga nirwayar sebenar Huawei dengan sokongan pembatalan hingar aktif ini akhirnya rasmi dilancarkan untuk pasaran Malaysia. Jika di China FreeBuds 4i dijual pada harga RMB499 (~RM312), harga pasaran tempatan adalah RM379 sahaja. Melengkapkan pengalaman penggunaan TWS ini adalah, TWS ini turut menyokong tambatan pantas dan mempunyai kawalan tambahan menerusi peranti Huawei yang menjalankan EMUI 10 ke atas atau peranti dengan sokongan aplikasi Huawei AI Life.
RM379 adalah harga yang mampu milik untuk TWS yang menyokong sokongan pembatalan hingar aktif. Harga ini juga akan bersaing dengan pelbagai TWS lain seperti dari Realme, OnePlus atau lain-lain.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment