Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pengenalan Aplikasi Clubhouse Untuk Android Akan Mengambil Masa Beberapa Bulan Lagi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pengenalan Aplikasi Clubhouse Untuk Android Akan Mengambil Masa Beberapa Bulan Lagi


Clubhouse telah menjadi salah satu aplikasi yang hangat diperkatakan ramai sejak sebulan dua kebelakangan ini. Ia ditawarkan untuk platform iPhone sahaja, membolehkan pengguna berinteraksi bersama yang lain dengan penggunaan audio sahaja.

Sejak popularitinya meletus, pihak pembangun Clubhouse telah mengatakan versi Android akan hadir tidak lama lagi.

Terbaru, melalui kemaskini mingguan berkaitan dengan Clubhouse, mereka mengatakan bakal memperkenalkan Clubhouse untuk Android dalam masa beberapa bulan lagi.

Pembangunan untuknya telah pun dimulakan, tetapi pengenalannya dijangka akan mengambil masa beberapa bulan lagi.

Bagi para pengguna Android, jangan terpedaya dengan pelbagai aplikasi palsu di Google Play Store, dan berhati-hati ketika memuat-turun sebarang aplikasi seumpamanya.

Sebagai alternatif, anda boleh mendapatkan pengalaman seumpama Clubhouse dengan mencuba Twitter Spaces atau Telegram Voice Chat pada peranti Android anda hari ini.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.