Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pemandu nyaris maut, Myvi ‘terbang’ 50m rempuh pokok - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pemandu nyaris maut, Myvi ‘terbang’ 50m rempuh pokok


 

Mangsa yang berusia 27 tahun itu mengalami kecederaan di muka dan tangan, serta kakinya tersepit.

PETALING JAYA: Seorang pemandu Perodua Myvi nyaris maut apabila kenderaannya hilang kawalan ketika melalui Bulatan Jalan Indah dekat Taman Bukit Indah, Iskandar Puteri, Johor.

Dalam kejadian kira-kira 3 pagi pada Ahad, sebuah Myvi berwarna putih bergerak lurus ketika tiba di bulatan itu dan merempuh pagar bunga sebelum “terbang” kira-kira 50m, melintasi longkang besar.

Kenderaan itu terhenti apabila ia merempuh sebatang pokok.

Menurut laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Dzulkhairi Mukhtar berkata, siasatan mendapati kemalangan berpunca daripada pemandu hilang kawalan semasa memasuki bulatan.

“Pemandu bergerak lurus merempuh pagar bunga seterusnya melintasi longkang besar, melanggar pokok dan berhenti,” kata beliau dalam kenyataan.

Menurut Dzulkhairi, mangsa yang berusia 27 tahun itu tidak mabuk dan tidak berada bawah pengaruh dadah.

Selain mengalami kecederaan di muka dan tangan, mangsa juga terperangkap apabila kakinya tersepit di tempat duduk pemandu, sebelum dikeluarkan oleh bomba.

“Mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dengan menaiki ambulans,” kata beliau.

Akibat rempuhan tersebut, kenderaan mangsa mengalami kerosakan pada pelbagai komponen di bahagian hadapan.

Kata Dzulkhairi, ketika kejadian jalan dua lorong sehala itu kering serta berlampu.

Kes disiasat mengikut Peraturan 10 LN166/59 dan siasatan lanjut masih diteruskan. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.