Hi! Welcome Back and Stay Tune! OnePlus 7T Dan OnePlus 7T Pro Akhirnya Menerima Kemaskini Stabil Android 11 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

OnePlus 7T Dan OnePlus 7T Pro Akhirnya Menerima Kemaskini Stabil Android 11


OnePlus 7 Pro adalah permulaan di mana OnePlus benar-benar berubah. Mereka bawakan peranti mercu yang cukup hebat, berkuasa dan lebih premium. Tetapi seperti biasa, selepas beberapa bulan versi “T” diperkenalkan yang menawarkan spesifikasi lebih hebat.

Selepas hampir setahun menanti, akhirnya OnePlus 7T dan OnePlus 7T Pro mula menerima kemaskini Android 11 yang stabil. Ia adalah Oxygen OS 11 yang lebih mirip One UI dengan sedikit elemen Oxygen OS. Ia lebih memfokuskan kepada penggunaan satu tangan, antaramuka lebih mesra pengguna dan banyak lagi. Sayang sekali, kemaskini stabil ini tidak cukup sifat – kerana sokongan Always-On Display tidak disertakan.

Bukan itu sahaja, bulan Mac sudah hampir akhir dan mendekati bulan April – tetapi tampalan sekuriti masih lagi bulan Februari 2021. Lebih mengecewakan, pengguna OnePlus 7 dan OnePlus 7 Pro masih tersangkut dengan Oxygen OS 11 beta keempat.

Jika anda ingin cuba versi stabil, siri 7T sudah boleh dikemaskini. Tetapi siri 7 masih perlu tunggu. Walaupun banyak kali tunda dan lambat kemaskini diedarkan, sekurang-kurangnya OnePlus tidak melupakan peranti ini.

Senarai Log Perubahan Dan Kaedah Kemaskini Boleh Rujuk Di Forum Rasmi OnePlus



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.