Berkenaan Anjing
Saya telah menerima emel berikut daripada seorang pembaca (terima kasih) yang bertanya mengenai isu anjing. Tugas kerjanya melibatkan interaksi dengan binatang seperti anjing. Inilah emel nya secara ringkas :
saya amat mencintai pekerjaan saya.
saya menggunakan Dettol kerana ianya menghapuskan 99 peratus kuman
memaksa saya melalukan samak
mengasingkan pakaian kerja, membasuh secara berasingan jika ada kes anjing.
yang menyokong dan memberi semangat pada saya adalah Ayah saya seorang sahaja,
jawapan2 yang saya terima dari orang2 yang saya minta pendapat adalah amat mengecewakan selain dari Bapa saya.
saya berharap tuan boleh memberikan pendapat tuan kepada saya agar saya boleh terus menjalankan tugas saya yang saya amat sukai ini.
bapa saya adalah pembaca tegar blog tuan, dan dia yang menyuruh saya menulis pada tuan, berkenaan pekara ini.
saya berharap tuan dapat mengulas dan post pekara ni di blog tuan
setiap nyawa adalah sama disisi Allah, tanpa mengira halal dan haram.
semuga post tuan dapat mengembalikan semangat dan cita2 saya utk menjadi seorang hamba Allah yg diredhai olehnya.
saya dahului dengan ucapan terima kasih, semuga tuan dan keluarga tuan sentiasa dibawah lindungan Allah S.W.T. (bapa saya menyampaikan Assalamualaikum pd Tuan)
OSTB : Terima kasih sdra dan Salamun Alaykum kepada ayahanda sekali. Sekarang ini paling mudah bagi kita mencari maklumat dan ilmu dalam talian Online.
Dan bagi saya YouTube adalah bahara uloom atau lautan ilmu yang telah memberi begitu banyak sekali manfaat kepada saya dalam memahami banyak perkara termasuk Islam dan al Quran.
Sdra boleh membuat carian YouTube di bawah tajuk 'Saluki dogs in UAE', 'Arabs with Saluki dogs' dsbnya untuk melihat sendiri budaya memelihara dan menjaga anjing di kalangan orang Arab. Juga 'Kangal dogs in Turkey' ataupun 'Afghan hounds in Afghanistan' yang juga akan menunjukkan orang Islam Turki dan orang Islam Afghanistan membela dan menjaga anjing. Yang berikut adalah video ringkas orang Arab Islam memelihara anjing jenis Saluki di UAE. (Sdra perlu click 'Watch this video on YouTube).
Perhatikan bahawa orang Arab ini melatih anjing mereka untuk memburu haiwan seperti arnab. Lelaki Arab itu berkata bahawa dia boleh memakan haiwan yang diburu oleh anjingnya itu.
Ini selari dengan ayat Quran (Surah 5:4) yang mengatakan :
Surah 5:4 Mereka menanyakan kepadamu: Apakah yang dihalalkan bagi mereka?. Katakanlah: Dihalalkan bagimu yang baik-baik dan (buruan yang ditangkap) oleh binatang buas yang telah kamu ajar dengan melatih nya untuk berburu; kamu mengajarnya menurut apa yang telah diajarkan Allah kepadamu. Maka makanlah dari apa yang ditangkapnya untukmu, dan sebutlah nama Allah atas binatang buas itu (waktu melepaskannya). Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat cepat hisab-Nya.Surah Al-Maeda - Indonesian Translation | Quran Translate (al-quran.cc)
Kita sedia faham bahawa sejak beribu tahun, antara binatang yang telah dilatih oleh manusia untuk memburu termasuk anjing, burung helang, cheetah dan binatang lain.
Maka apa yang ditangkap oleh binatang buruan ini adalah halal untuk kita memakannya. Dalam video di atas jelas kelihatan anjing itu mengigit arnab itu dan membunuhnya sebelum arnab itu diambil oleh tuan anjing.
Video anjing Tazi (Afghan hound) di Afghanistan
Saudara juga boleh merujuk dua artikel berikut untuk maklumat selanjutnya berkenaan anjing. Yang pertama adalah berita tempatan daripada akhbar The Star yang merujuk Dr MAZA (Mufti Perlis sekarang) memberi ulasan berkenaan anjing :
Yang keduanya ialah dari Mesir (Egypt) yang juga mengulas perkara anjing seperti berikut:
https://egyptianstreets.com/2014/05/14/dogs-are-not-impure-says-prominent-islamic-scholar/
Traditionally, dogs have been seen as unclean and impure, with Islamic thinkers warning Muslims to avoid contact with the loyal animals.
Yet, a new fatwa by Egypt’s former Grand Mufti Ali Gomaa challenges this traditional view, stating that there is a misconception about dogs being impure and ritually unclean (najis).
Sheikh Gomaa, who was Grand Mufti for a decade of the Sunni Islamic world’s top Islamic authority, is one of the most respected Islamic scholars and clerics in the world.
During his television show which discusses Islam’s teachings, the Sheikh stated that there is nothing wrong with keeping a dog inside your house as a dog is not impure.
According to Sheikh Gomaa, Islamic jurisprudence, which he says is based off Islam’s adopted teachings of Imam Malik ibn Anas, dictates that dogs come from a group of immaculate and clean animals that worship and are not impure or unclean.
In regards to the popular conception that ‘angels do not enter houses which contain dogs,’ the former Grand Mufti stated that this is not true, but that dogs should not enter your prayer space.
Yet, Sheikh Gomaa went even further in his defence of dogs, stating that their loyalty allows them to be beneficial for protection, hunting and detection of explosives and drugs. The Sheikh added that guide dogs are extremely beneficial for those that are blind.
In the past, there have been multiple Islamic scholars that have spoken out against the idea that dogs are impure or unclean.
Sheikh Mahmud Shaltut, a former Grand Imam of Al-Azhar who was in office between 1958-1963, had issued a similar fatwa declaring that dogs are not ritually unclean.
Former Grand Mufti Sheikh Nasr Farid Wasil also issued the same declaration in the late 1970s and early 1980s.
OSTB : Laporan dari Mesir ini mengatakan bahawa Sheikh Ali Gomaa (bekas Mufti Besar Mesir), Sheikh Mahmud Shaltut (bekas Imam Besar Al-Azhar) dan Sheikh Nasr Farid Wasil (bekas Mufti Besar Mesir juga) telah berfatwa bahawa anjing itu bukanlah haiwan yang kotor atau najis.
Jadi saya harap sedikit maklumat ini akan membantu saudara dalam memahami isu berkenaan anjing. Sekian.
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment