Mengaku cabul adik perempuan, pekerja kilang didenda RM5,000
KUALA LUMPUR: Seorang pekerja kilang didenda RM5,000 atau dipenjara sebulan oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah mencabul adik perempuannya.
Majistret Fardiana Haryanti Ahmad Razali menjatuhkan hukuman itu ke atas lelaki berusia 26 tahun selepas dia mengaku bersalah menggunakan kekerasan jenayah terhadap adiknya yang berusia 24 tahun dengan maksud untuk mencabul kehormatannya di sebuah rumah di Sungai Besi pada 6.30 pagi, 4 Mei lalu.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Jess Lynn, memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh.
Peguam Muhammad Amin Abdullah yang mewakili tertuduh memohon hukuman ringan atas alasan anak guamnya tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan dia juga penanggung tunggal keluarga. - FMT
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment