Rakyat makin pokai, perlu wang tunai, subsidi untuk ‘lockdown’, kata pakar ekonomi
PETALING JAYA: Pelbagai pihak mendesak kerajaan menyediakan bantuan sara diri dan subsidi untuk memastikan rakyat tidak merana akibat pelaksanaan “total lockdown” Fasa 1 selama dua minggu mulai Selasa depan dan perintah kawalan pergerakan yang akan menyusul selepas itu.
Geoffrey Williams dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia, berkata simpanan rakyat umumnya amat terhakis selepas terkesan dengan pandemik Covid-19 sejak lebih setahun lalu.
“Simpanan isi rumah sudah amat susut dan perniagaan pula tidak ada saham atau pun lebihan wang, justeru impak ‘total lockdown’ kali ini dijangka lebih teruk berbanding sebelumnya. Semua kategori pendapatan khususnya B40 dan M40, dijangka paling terjejas,” katanya kepada FMT.
Beliau juga memberi amaran negara berisiko menanggung kerugian RM2.4 bilion sehari kerana perniagaan semakin terkesan.
Williams mencadangkan kerajaan menyediakan peruntukan sekurang-kurangnya RM60 bilion kali ini untuk membolehkan rakyat mengharungi “total lockdown” Fasa1 dan “lockdown” terhad yang akan menyusul selama empat minggu, dengan syarat pandemik yang mengganas sekarang dapat dibendung.
Bawah Fasa 1, semua aktiviti ekonomi dan sosial tidak akan dibenarkan beroperasi kecuali perkhidmatan perlu dan sektor ekonomi tertentu selama dua minggu mulai Selasa depan.
Beliau turut mencadangkan kerajaan mengutamakan pemberian wang tunai kepada golongan tertentu termasuk mereka tidak mempunyai sebarang pendapatan, dan pekerja muda yang menanggung potongan gaji.
Barjoyai Bardai dari Universiti Tun Abdul Razak, berkata kira-kira RM10 bilion harus diperuntukan untuk membantu perniagan mikro yang amat terkesan dengan pandemik Covid-19.
“Kerajaan juga mesti segera tampil memberikan bantuan subsidi kepada 8.5 juta isi rumah di Malaysia,” katanya.
“Dulu, orang ramai diberikan bantuan antara RM150 hingga RM300 yang tidak memadai untuk sara hidup. Kerajaan harus menimbang untuk memberikan sekurang-kurangnya RM600 sebulan,” katanya.
Barjoyai juga menjangka keluaran negara kasar untuk berkembang sehingga 3% tahun ini, susut daripada unjuran antara 6% hingga 7.5% sebelumnya.
Seorang lagi pakar ekonomi Carmelo Ferlito, berkata pakej rangsangan untuk rakyat hanya penyelesaian sementara dan menegaskan Malaysia memerlukan kepimpinan dan strategi baharu untuk mengatasi permasalahan rakyat. - FMT
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment