Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bila Orang Sikit Jadi Jutawan Dan Billionaire Makan Duit Rakyat, Orang Ramai Akan Jadi Miskin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bila Orang Sikit Jadi Jutawan Dan Billionaire Makan Duit Rakyat, Orang Ramai Akan Jadi Miskin



1.  Tuan-tuan awal pagi tadi saya telah menerima video berikut melalui Whatsapp. Kandungan suara dalam video ini amat sedih.  Petang ini pula Free Malaysia Today telah pun muat-naik berita ini di website mereka. Sila dengarlah video itu dulu (yang tular di Whatsapp) :







  • Rayuan penuh emosi lelaki kepada YDP Agong, Raja Melayu 
  • untuk campur tangan situasi Covid-19 yang semakin buruk
  • Pemanggil dikenali sebagai Azizi
  • rayuan telefon dalam YouTube dihoskan Otai Reformis, Mustapa Mansor 
  • Azizi sebak dan menangis sambil merayu kepada Agong untuk campur tangan.
  • Saya mohon Raja-Raja Melayu tengoklah rakyat kat bawah ni
  • Saya susah, saya nak bayar duit kereta pun tak boleh nak bayar, bisnes takde. Macam mana saya nak hidup. 
  • Mohonlah Tuanku, sembilan Raja ni tolonglah buat sesuatu. Sultan ni payung rakyat. Tolonglah, tolong bantu rakyat kat bawah ni. Dengarlah rintihan rakyat kat bawah ni,” 
  • Azizi merayu semua Sultan bersidang membantu mengatasi masalah


2.  Yang berikut pula satu lagi berita yang sedih juga. Al-kisah pasangan muda suami isteri dari Kelantan yang terpaksa tidur di tepi jalan di Bukit Mertajam kerana tidak mempunyai peluang hidup.

Ahli Parlimen DAP Steven Sim (Bukit Mertajam) telah membantu mereka dengan beli barang, sewa rumah, bantuan kewangan dsbnya. Tetapi sedihnya their problem has not been solved. Sila baca beritanya dulu.

Daripada Malay Mail : https://www.malaymail.com/news/life/2021/05/31/dap-mp-steven-sim-helps-homeless-couple-in-bukit-mertajam-buys-essential-it/1978350

  • May 31 — Bukit Mertajam MP Steven Sim aids homeless couple in Penang 
  • after public alerted him of their heartbreaking living conditions
  • couple sleeping on footpath in Bukit Mertajam for 3 days with little food
  • they couldn’t find a way out of their dire situation
  • Shah left Kelantan for Penang to build a better life 

(OSTB : There are no jobs in Kelantan. There are few jobs even in Bkt Mertajam. This situation will get worse, Covid or no Covid.)

  • They found shelter at abandoned building in Taman Bidara
  • “Sometimes they would earn RM10 to RM20 a day” he said
  • Sim met couple, Shah and Siti, put them up at hotel for the night
  • Sim took couple shopping to buy daily essential items 
  • bought them each mobile phone to contact loved ones and each other
  • rented home for couple and will pay rent until Shah finds job 

I called Ustaz to give the young pair religious counselling  

(OSTB : Big mistake YB. Very big mistake. Those retards help create the problem).

  • Sim called on the public to make a contribution to help the couple.
  • You can make a donation to the account below:
  • Bank: Maybank
  • Name: Akaun Khas Pusat Khidmat Parlimen Bukit Mertajam
  • Account number: 557090527361

My comments :

Pasangan muda ini berhijrah keluar dari Kelantan yang ditimpa pelbagai musibah, antara yang teruk sekali ialah pimpinan pak lebai yang gunakan duit rakyat untuk membeli kereta Mecedi juga. 

Banyak lagi onar dan angkara puak lebai yang menjadikan negeri Kelantan negeri yang termiskin dalam negara kita sejak berpuluh tahun - boleh pecah rekod Guinness Book of World Records sebagai negeri yang termiskin dalam negara kita.  Malapetaka yang paling besar yang menimpa puak lebai ini ialah mereka tidak mempunyai akal.  Mereka sungguh angkuh dan sombong memekik dan melolong bahawa merekalah kaum yang "tidak menggunakan akal". 

Sedihnya sekarang seluruh negara kita ditimpa musibah besar. Peluang kerja dalam negara kita makin tipis. Jangan salahkan Covid saja. Covid masih baru lagi. Ekonomi negara kita sudah di rosakkan jauh sebelum ketibaan wabak Covid. 

Dengan vaksin dan kawalan PKP virus Covid ini akan terkawal. Percayalah. Tetapi keadaan ekonomi negara tidak akan pulih. Percayalah. Our economy will not revive enough.

Antara sebab besar ialah dalam negara kita, dasar-dasar ekonomi penipu yang terbentuk sejak 50 tahun sudah masih kekal dan sangat merugikan rakyat marhaen.

Contohnya dalam  video di atas, Azizi menangis kerana tiada duit untuk bayar kereta bulan depan.  Kenapa Azizi tidak cukup duit bayar bulanan untuk kereta? Sebab harga jereta dalam negara kita adalah antara yang tertinggi sekali dalam seluruh dunia.

Kenapa pula harga kereta kita begitu tinggi?

1. Sebab orang yang kaya dan berkuasa dalam negara kita (yang paling sikit bilangan mereka) telah kemut dasar penyamun AP atau Approved Permits. Sebarang impot kereta terpaksa mempunyai AP. AP itu hanya sekeping kertas yang tidak berguna langsung yang tidak menyumbangkan sebarang kebaikan melainkan memperkenalkan 'sentuhan syaitan' kepada orang yang berpengaruh yang menjadi pemegang AP. Mereka cepat kaya.  Itu saja. Dan AP itu turut menyumbang kepada harga kereta naik gila - dan menyusahkan rakyat marhaen seperti Azizi hingga tidak mampu membayar instalment bulanan kereta.

2.  Dasar Ekonomi Bebal (atau DEB) negara kita juga letakkan cukai impot kereta yang tinggi gila kononnya untuk "membantu industri kereta nasional" yang sudah bankrap itu. Sehingga syarikat kereta nasional yang bankrap itu terpaksa dijual kepada syarikat asing dengan harga besi buruk.  Cukai impot kereta dinaikkan sehingga 300%. Akibatnya harga semua kereta yang dijual dalam negara kita naik dua, tiga, empat kali ganda harga kereta di pasaran dunia. Dan skim cukai impot ini masih kekal sehingga hari ini.

Katakanlah tuan-tuan kerja Penjawat Awam dan bergaji RM5,000 - RM6,000 sebulan dan tuan-tuan mampu beli sebuah kereta yang berharga lets say RM180,000.  

So what car can you buy for RM180,000? Tuan-tuan sudah mampu beli Honda Accord 1.5 dengan harga seperti berikut :

 


Di Malaysia selling price Honda Accord 1.5 adalah antara RM178,000 hingga RM187,000.  Jadi kalau bawa kereta Accord balik kampong pada cuti Raya pun rasa seronoklah. 

Tapi di Amerika Syarikat pula, untuk harga yang jauh lebih murah (RM159,000) orang Amerika boleh beli kereta BMW 3 series pula ! ! !

USA 2021 BMW 3 Series Base Price,   330i Sedan Pricing US$38,865 - US$41,250 (RM159,000 - RM170,000)

Dan di Amerika Syarikat, harga kereta Honda Accord 1.5 pula bermula daripada RM103,000 sahaja.

Jadi di Amerika Syarikat, bayaran instalment bulanan bagi kereta jenis Honda Accord adalah (RM103,000 / RM178,000) = hampir 57% lebih murah daripada bayaran bulanan di Malaysia.

Tak payalah Azizi menangis tak ada duit bayar bulanan instalment kereta.  

Di Malaysia kereta BMW 3 Series pula dijual dengan harga RM235,000 - RM409,000 !! Nauzubillah.



Soalannya kenapa Kerajaan kita bodoh sangat - sehingga menyebabkan orang biasa seperti Azizi menangis kerana tidak mampu membayar instalment bulanan kereta?

Kerajaan yang bodoh sanggup melihat bilangan paling sikit manusia penyamun yang menjadi pemegang AP dan pengimpot kereta dapat untung besar daripada harga kereta yang tinggi gila. 

Apakah kebodohan Kerajaan yang meletakkan cukai impot kereta yang tinggi gila  yang hanya memiskinkan dan menyusahkan rakyat marhaen?

Berapa banyakkah hasil cukai impot kereta yang dikutip oleh Kerajaan setiap tahun?

This is really stupid. Mula sekali dasar cukai impot kereta yang tinggi gila memperkayakan golongan jutawan yang paling sikit bilangan mereka. Pada masa yang sama cukai impot kereta yang tinggi gila memiskinkan rakyat marhaen yang paling ramai bilangan mereka - seperti Azizi.

Kemudian bila Azizi menangis, Kerajaan keluarkan bantuan berbilion pula untuk bantu orang miskin (Berita terkini PM announces RM40 Billion aid for MCO 3.0).  Tapi duit RM40 Billion itu duit kami lah YAB. That is already our money. Itu duit kami, duit rakyat.)

Jadi sekarang rakyat marhaen RUGI DUA KALI. Dengar baik-baik ok - this is what actually happens.

First,  rakyat marhaen jadi miskin sebab terpaksa bayar harga kereta antara yang tertinggi dalam dunia.  

Yang menjadi kaya adalah jutawan dan billionaire pemegang AP serta Kerajaan yang kutip cukai impot kereta. Rakyat marhaen sudah miskin.

And then bila rakyat marhaen sudah miskin dan tak boleh bayar duit kereta, Kerajaan ambil RM40 Billion duit rakyat (taxpayers money) dan diagih-agih kepada orang miskin. Itu pun duit kami juga. Duit bapak kami. Rakyat rugi dua kali. (Especially rakyat yang membayar cukai). 

So what really happens is orang kaya jutawan dan billionaire pemegang AP dan pengimpot kereta tetap jadi kaya. Duit mereka selamat. 

Tetapi rakyat marhaen pula miskin dua kali - first tak cukup duit bayar bulanan pinjaman car loan. Secondly, duit rakyat yang patut digunakan untuk tujuan lain (buat sekolah, buat jalan, buat hospital, buat projek pembangunan) diagih sebagai bantuan kecemasan pula. 

Sila hapuskan segala jenis AP. Hapuskan cukai impot kereta yang tinggi gila. 

WE DO NOT WANT CHEAP CARS. WE WANT TO PAY NORMAL WORLD MARKET PRICES FOR OUR CARS.

Tuan-tuan kena faham - dalam negara kita hampir 20% - 30% daripada monthly income atau pendapatan bulanan rakyat marhaen hangus digunakan untuk bayar kos kereta. That is a lot of money.

Jika harga kereta boleh dikurangkan 25% atau 30%, maka bayaran instalment car loan pun akan berkurangan sebanyak 25% - 30%. 


Kalau Kerajaan perihatin kepada rakyat marhaen yang paling ramai, harga kereta mesti diturunkan sekurangnya 30%.

Kalau Kerajaan perihatin kepada jutawan dan billionaire pemegang AP yang paling sikit bilangan mereka, maka rakyat marhaen akan terus menderita.

Ok sikit lagi ceritanya.

Pasangan muda dari Kelantan itu akan tetap menghadapi banyak cabaran. Antaranya mereka tidak mempunyai  tahap pendidikan (educational level) yang cukup bagi mencari hidup dalam ekonomi moden.

Bebudak berumur 14 tahun tidak boleh sebut 'I am 14 years old' dalam bahasa Inggeris. 

Bukan maksudnya kalau tak tahu bahasa Inggeris tak boleh survive. 

Jangan salah faham ok.

Maksud saya ialah sistem pendidikan kita gagal mengajar anak-anak berusia 14 tahun untuk menyebut 'I am 14 years old' dalam bahasa Inggeris. Basic skills pun tak ada.

Ekonomi negara kita telah dicekik dan dikemut oleh Dasar Ekonomi Bebal (DEB) di mana terlalu banyak industri dan sektor ekonomi di monopolikan, di GLC-kan, di lesenkan, di control oleh kuota bumiputera, kuota ini dan itu.     

Dan hampir kesemua ekonomi yang kena control ini menguntungkan bilangan paling sikit jutawan dan billionaire. 

Rakyat marhaen pula jadi miskin. Dan Melayu marhaen miskin dahulu.  Seperti pasangan muda itu dan Azizi yang menangis itu.  (Sdra Azizi jangan risau brother. Tabahkan hati, mesti ada cara mengatasi cabaran ini. Allahumma solli alaikum. Just hang on ok.) 

Antara contoh jutawan dan billionaire ialah chairman 'kissing' yang baru kena pecat itu. Ahli family dia terlibat projek berbillion Ringgit tetapi projek itu masih tidak siap walaupun sudah LAPAN tahun  projek mula. Tapi duit rakyat sudah di bayar.  Depa kaya. Tuan-tuan jadi miskin. Its your money that is making them rich.

Tuan-tuan tahu tak di London sekarang sudah ada satu masyarakat kecil jutawan dan billionaire Melayu yang telah beli rumah mewah di sana.  Saya kenal nama at least EMPAT daripada mereka. Kesemua mereka ini telah menjadi kaya dengan makan duit rakyat kita di Malaysia secara tidak halal. Mereka sepatutnya dipenjarakan tetapi mereka bernasib baik - at least for now.  Mereka telah sediakan 'escape capsule' mereka di London. Better stay there ok.  

Jadi bantuan emergency RM40 billion ke, bantuan perihatin semua sementara sahaja. 

Pasangan muda itu menghadapi dua masalah besar - first tidak ada skill set yang cukup untuk mencari peluang hidup yang cukup.

Second, tidak ada peluang hidup yang cukup bagi rakyat kita. FDI sudah tak ada, Arab Saudi tak layan pun rombongan MITI mencari pelabur, Turkey tak ambil peduli pun nak melabur di Malaysia.

Kilang yang ada pula tutup bisnes dan pindah ke negara lain. 

Ekonomi negara pula dicekik monopoli, oligopoli, sistem kroni, sistem GLC dan banyak lagi. 

Jadi the future is bleak - terutama sekali bagi orang Melayu.  

Yang miskin dahulu adalah orang Melayu.

Yang miskinkan orang Melayu dahulu adalah orang Melayu juga. 

Dont blame others ok. It is your fault.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.