Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pengusaha bas kecil-kecilan turut ‘tenat’ akibat PKP - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pengusaha bas kecil-kecilan turut ‘tenat’ akibat PKP


 

Industri perkhidmatan bas difahamkan sudah pun ‘tenat’ menanggung kos operasi kerana keengganan kerajaan menaikkan harga tambang.

PETALING JAYA: Risiko gulung tikar berpunca daripada sekatan berkait Covid-19 bukan sahaja dihadapi syarikat pengendali perkhidmatan bas awam gergasi tetapi turut dirasai pengusaha bas awam kecil-kecilan

Presiden Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) Mohamad Ashfar Ali berkata, pihaknya kerap menerima aduan daripada pengusaha yang sudah tidak sanggup beroperasi dalam kerugian, malah tidak mampu membayar hutang bank.

“Hampir setiap hari saya terima panggilan daripada ahli, mereka menangis dan beritahu sudah tiada wang untuk menyara ahli keluarga dan terpaksa meminjam keliling pinggang untuk bertahan.

“Saya sangat sedih, saya tak boleh buat apa-apa. Apa yang saya boleh bantu, minta kerajaan tolong mereka untuk terus hidup,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas mengenai pengumuman Rapid Bus Sdn Bhd semalam bahawa operasi perkhidmatan bas Rapid Kamunting di Perak terpaksa ditamatkan mulai 15 Jun ekoran kekurangan dana dan permintaan.

Mengulas lanjut, Ashfar berkata, industri perkhidmatan bas umpama “hidup segan mati tak mahu” kerana masih perlu beroperasi dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) walaupun hakikatnya “bergerak” dalam keadaan rugi.

“Syarikat ‘gergasi’ pun boleh tutup operasi, apatah lagi syarikat kerdil seperti kami,” katanya.

“Inilah hakikat industri bas di Malaysia. Kita tiada penumpang. Tetapi oleh kerana perkhidmatan bas dianggap perkhidmatan perlu, kita perlu bergerak walaupun dengan hanya lima atau enam penumpang bagi satu perjalanan,” katanya.

Tambah Ashfar, industri itu sudah pun “tenat” menanggung kos operasi kerana keengganan kerajaan menaikkan harga tambang.

“Tambang bas dari 2012 belum naik. Kerajaan minta kita jangan naik tambang supaya nasib penumpang terbela,” katanya.

“Tetapi kos operasi syarikat operator naik saban tahun kerana pelaksanaan gaji minimum dan peningkatan harga alat ganti.”

Sementara itu, Presiden Persatuan Pemandu Bas Semenanjung Malaysia (PPBSM) Saadan Man berkata, wabak Covid-19 bukan hanya memberi tekanan kepada industri perkhidmatan bas, tetapi kepada semua perniagaan.

“Wabak ini melibatkan semua sektor ekonomi dan perkhidmatan bas tidak terkecuali, menyebabkan 80% daripada pemandu bas termasuk bas ekspress dan henti-henti hilang punca pendapatan,” katanya.

Justeru, pihaknya menggesa kerajaan menilai semula syarikat yang terjejas teruk sejak PKP pertama pada Mac tahun lalu dan menyalurkan bantuan bersasar kepada pemandu yang terkesan.

“Ramai pemandu sekarang tidak ada kerja kerana satu hari hanya dapat satu atau dua ‘trip’ saja. Ramai sekarang ni buat kerja ikut ‘dan’,” katanya. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.