Hi! Welcome Back and Stay Tune! Surat MITI perlu dilengkapi kod QR untuk bukti ketulenan, kata polis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Surat MITI perlu dilengkapi kod QR untuk bukti ketulenan, kata polis


 

Polis berkata, kod berkenaan akan diimbas di sekatan jalan raya (SJR) bagi memastikan ketulenan surat.

PETALING JAYA: Surat kebenaran beroperasi yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) akan dilengkapi dengan kod respon pantas (QR).

Kata SAC Gerakan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman M V Srikumar M Nair, kod berkenaan akan diimbas oleh polis di sekatan jalan raya (SJR) bagi memastikan ketulenan surat.

“Apabila kod berkenaan diimbas (pautan berkenaan) akan meminta satu nombor kod yang hanya diketahui pihak polis,” katanya kepada Bernama semasa menjadi tetamu dalam program Ruang Bicara PDRM malam tadi.

“Apabila kita masukkan nombor kod itu, maka kita akan dapat tahu sama ada surat itu betul tally (selaras) dengan pemegang surat.”

Dalam pada itu, beliau menolak dakwaan wujudnya layanan dwistandard berhubung kebenaran merentas negeri dan daerah terhadap mana-mana individu atau kumpulan seperti yang didakwa segelintir pihak.

“PDRM tidak melihat golongan kayangan atau sebaliknya…jika mempunyai dokumen yang sah dan bukti (kukuh), maka (permohonan rentas daerah atau negeri) dibenarkan,” katanya. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.