Hi! Welcome Back and Stay Tune! 4 PKRCS khas percuma untuk PPR, PA, kata Annuar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

4 PKRCS khas percuma untuk PPR, PA, kata Annuar


 

Annuar Musa menegaskan ramai mendiami rumah sempit dan sesak terutama keluarga B40 di PPR dan PA DBKL yang tidak sesuai menjalani kuarantin kendiri.

KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan menyediakan empat Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah Swasta (PKRCS) khas secara percuma untuk penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang dijangkiti wabak itu.

Menterinya Annuar Musa berkata, empat PKRCS itu adalah Hotel Royal Chulan, Jalan Conlay; Pusat Belia Antarabangsa (IYC) di Bandar Tun Razak, Cheras; Tamu Hotel and Suites Kampung Baru serta Hotel Travelodge City Centre.

Beliau berkata, penyediaan PKRCS khas itu bagi membolehkan pesakit Covid-19 dalam kategori satu dan dua di kawasan terbabit menjalani kuarantin kendiri dan mengelakkan peningkatan kes positif berpunca daripada kontak rapat dalam kalangan ahli keluarga.

“Pada masa ini, mereka yang didapati positif Covid-19 tetapi tidak bergejala (kategori satu) atau bergejala ringan (kategori dua) dikehendaki melaksanakan kuarantin kendiri di rumah.

“Namun, kita dapati ramai dalam kalangan mereka mendiami rumah sempit dan sesak terutama keluarga B40 di PPR dan PA DBKL yang tidak sesuai menjalani kuarantin kendiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Annuar berkata inisiatif itu digerakkan selepas kementerian mengadakan perbincangan dengan pelbagai agensi berkaitan dan memutuskan memindahkan serta menempatkan mereka yang positif di beberapa hotel dikhususkan sebagai PKRCS khas.

Katanya, operasi untuk memindahkan kira-kira 1,000 pesakit bermula hari ini dengan kerjasama Pusat Penilaian Covid-19 (CAC), Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKWPKL) dan beberapa agensi dan jabatan kerajaan berkaitan.

“Pihak kementerian juga berusaha menyediakan lebih banyak kemudahan pusat rawatan Covid-19 di Wilayah Persekutuan bagi membantu golongan menghadapi masalah kuarantin kendiri,” katanya. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.