Hi! Welcome Back and Stay Tune! Huawei MatePad 11 Kini Rasmi Di Malaysia – HarmonyOS 2.0 Dan Snapdragon 865 Pada Harga Bermula RM1,999 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Huawei MatePad 11 Kini Rasmi Di Malaysia – HarmonyOS 2.0 Dan Snapdragon 865 Pada Harga Bermula RM1,999


Huawei MatePad Pro 12.6″ telah pun dilancarkan pada 6 Julai lalu. Ia adalah peranti mudah alih pertama Huawei dengan Harmony OS yang stabil dan dijana dengan cip pemprosesan Kirin 9000E. Ia adalah tablet mercu mereka dengan pelbagai ciri premium termasuklah skrin OLED, pengecasan pantas, dan mempunyai sehingga lapan pembesar suara.

Disebabkan harga jualannya mencapai sehingga RM4,399, ia mungkin bukan untuk semua orang. Tetapi MatePad 11 mungkin untuk anda. Ini kerana ia dijual pada harga lebih mampu milik, masih sama menjalankan HarmonyOS 2.0 dan yang paling penting, ia dijana dengan cip kegemaran ramai – Snapdragon 865.

Skrin tablet ini bersaiz 11-inci 2560 x 1600 dan menggunakan panel TFT (IPS) LCD yang menyokong kadar segar semula 120Hz. Ia adalah tablet pertama Huawei dengan skrin yang pantas, variasi Pro hanya 60Hz tetapi skrin OLED. Cip Snapdragon 865 tadi dipadankan dengan memori 6GB RAM dan storan dalaman mencecah 256GB. Kamera pula adalah 13MP di belakang dan 8MP di hadapan.

Tablet ini mempunyai empat pembesar suara Harman/Kardon, bateri 7250mAh dengan pengecasan 18W, dan turut menyokong stilus M-Pencil generasi kedua dengan skongan tap dua kali dan juga selongsong papan kekunci pintar terbaru mereka.

Disebabkan ini adalah tablet yang lebih “murah”, ia terhad dengan WiFi sahaja dan tiada sokongan telefoni. Kedua-dua aksesori ini disertakan sekali bersama pembelian, termasuk dengan langganan Huawei Cloud 50GB dan Huawei Video VIP sebulan, Huawei Music tiga bulan dan akhir sekali baucar Huawei Books $1 (USD).

Huawei menawarkan pilihan warna Matte Grey, Isle Blue dan juga Olive Green. Ia akan dijual pada harga RM1,999 untuk 128GB dan RM2,399 untuk 256GB. Tempoh pra-tempahan adalah dari 27 Julai sehingga 5 Ogos untuk anda layak dapat dua aksesori tadi bersama dengan tiga langganan produk digital Huawei.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.