Spotify Memperkenalkan Tab ‘What’s New’ Untuk Muzik Dan Podsiar Baharu
Kerana kesibukan kerja, mungkin ramai tidak menyedari album terbaru dari artis kegemaran atau episod terkini podsiar telah diterbitkan. Bagi pengguna Spotify, kandungan baharu dipaparkan dalam barisan khas apabila aplikasi dibuka. Tetapi ia hanya dipaparkan seketika dan sekali sahaja membuatkan wujud kebarangkalian pengguna terlepas kandungan baharu.
Pagi ini Spotify memperkenalkan ciri baharu yang diberi nama ‘What’s New’ yang merupakan tab khas dalam aplikasi untuk kandungan muzik dan podsiar terbaru. Ia diletakkan pada bahagian atas aplikasi dengan ikon berbentuk loceng. Apabila ada kandungan baharu, ikon akan dipaparkan dengan bintik biru.
Dengan lokasinya yang lebih ketara, Spotify berharap isu terlepas kandungan baharu tidak lagi berlaku kerana ini bukanlah mustahil memandangkan 50,000 jam kandungan ditambah pada platform setiap hari. Ciri ini diberikan kepada aplikasi Android dan iOS bermula hari ini.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment