Hi! Welcome Back and Stay Tune! Clubhouse Menambah Ciri Permesejan Dinamakan BackChannel – Tidak Lagi Perlu Meninggalkan Aplikasi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Clubhouse Menambah Ciri Permesejan Dinamakan BackChannel – Tidak Lagi Perlu Meninggalkan Aplikasi


Clubhouse – aplikasi yang mempopularkan khidmat sosial berasaskan audio, kini telah memperkenalkan sebuah ciri baharu dinamakan sebagai BackChannel.

Melalui ciri ini, ia membolehkan pengguna menghantar mesej kepada sesiapa dengan mudah – sekaligus mengekalkan pengguna pada platform berkenaan untuk kekal berinteraksi.

BackChannel ini membolehkan anda menghantar mesej kepada semua, sementara penerima pula akan melihat dua tab – iaitu “Chats” dan “Requests”. Seterusnya, anda boleh memilih untuk kekal berkomunikasi dengan mudah melalui kenalan pada platform berkenaan.

Sebelum ini, ramai pengguna Clubhouse meminta rakan-rakan menghantar mesej di Instagram atau Twitter untuk komunikasi lanjut. Dengan ciri ini, kini pelbagai mesej peribadi boleh dihantar terus dalam aplikasi Clubhouse dan tiada lagi sebab untuk anda meninggalkannya.

Buat masa ini, ciri ini hanya diperkenalkan untuk pengguna iPhone sahaja. Pengguna Android mungkin menerima ciri ini tidak lama lagi.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.