Hi! Welcome Back and Stay Tune! WhatsApp Umum Ujian Sokongan Sehingga 4 Peranti – Boleh Digunakan Tanpa Sambungan Aktif Telefon - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

WhatsApp Umum Ujian Sokongan Sehingga 4 Peranti – Boleh Digunakan Tanpa Sambungan Aktif Telefon


Facebook hari ini mengumumkan pengenalan ujian beta secara terhad yang membolehkan pengguna menggunakan WhatsApp pada multi-peranti – dan boleh digunakan walaupun tanpa sambungan telefon.

Melalui ciri ini, pengguna boleh menggunakan WhatsApp pada sehingga empat peranti pada waktu yang sama. WhatsApp mengatakan ia akan beroperasi secara kendiri, dan pengguna boleh kekal menggunakannya walaupun bateri telefon pintar mereka mati.

Untuk makluman, walaupun ia membolehkan pengguna menggunakan WhatsApp pada sehingga empat peranti, namun, ia hanya dihadkan kepada hanya satu telefon sahaja pada sesuatu masa. Ini bermakna, anda tidak boleh menggunakan akaun WhatsApp yang sama pada dua telefon berbeza.

Kaedah multi-peranti baru ini juga adalah berbeza dengan apa digunakan semua pada hari ini. Pada hari ini, sekiranya anda menggunakan WhatsApp pada desktop atau web, anda perlu memastikan telefon anda turut mempunyai talian aktif bagi membolehkan anda menghantar dan menerima mesej. Dengan kaedah baru ini, telefon anda tidak lagi perlu aktif – malah anda masih boleh menggunakan WhatsApp pada peranti lain, walaupun telefon anda kehabisan bateri.

Facebook mengatakan pengguna akan dapat kekal menikmati sekuriti dan penyulitan menyeluruh seperti biasa walaupun kini mereka beralih ke kaedah baharu ini.

WhatsApp sedia membuka akses ujian beta ini secara terhad kepada sejumlah pengguna bermula hari ini. Apa pun, hendaklah diketahui yang mana beberapa ciri masih tidak disokong pada versi beta terhad ini, termasuk perkongsian lokasi langsung, dan beberapa yang lain.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.